Saturday, May 28, 2011

MENETAP ARAH KIBLAT

ntvirus.files.wordpress.com/2008/07/kaabah.jpg
Demi Kesempurnaan Ibadah,

Luruskan Arah Qiblat Anda, Sabtu 28 Mei 2011 Pukul 5.16  Petang.
Hari ini, Sabtu petang 28 Mei 2011 pukul 5.16, insya Allah akan ada peristiwa “Istiwa A'dhom” (Matahari di atas Kaabah), yang sangat bermanfaat untuk menentukan arah Kiblat yang tepat dengan cara sederhana. Manfaatkan peristiwa penting tahunan tersebut untuk meluruskan arah Qiblat yang benar, demi kesempurnaan ibadah.

Dalam ilmu falaq (astronomi), peristiwa itu dikenal dengan ‘yaumu rashdil qiblah’ (Qiblat Day- hari untuk menetapkan arah Kiblat), kerana matahari tepat berada di atas Kaabah. Ka’bah yang berada pada koordinat 21,4° LU dan 39,8° BT, dalam setahun akan mengalami 2 kali peristiwa Istiwa A’dhom (Matahari di atas Kaabah)  bagi tahun 2011 iaitu Sabtu 28 Mei 2011 pukul 05:16  dan Sabtu 16 Julai 2011 pada pukul 05.28 petang.

Sabtu 28 Mei 2011 matahari akan tepat berada di atas Kaabah pada pukul 12:27 waktu Arab Saudi bersamaan pukul 05.16 petang waktu kita. Ketika matahari berada di atas Kaabah, maka secara automatis bayang-bayang objek tegak di seluruh dunia akan lurus ke arah Kiblat. Kerana kedudukan matahari di atas Kaabah yang menyebabkan bayangan tegak di seluruh dunia searah Kiblat.
Maka Sabtu 28 Mei pukul 05.16, di daerah mana pun yang mampu menerima sinar matahari pada waktu itu, umat Islam dapat melurus arah Kiblat dengan sederhana namun terjamin ketepatannya. Arah lawan bayangan itulah arah Kiblat berada, kerana saat itu posisi matahari tepat berada di atas Ka’bah.

Jika arah kiblat salah, ubah sahaja kedudukan shafnya, jangan ubah rumah atau roboh masjidnya.

Waktu peristiwa ini berlaku sangat singkat, sekitar 1 minit saja,  jadi bagi mereka yang ingin meluruskan arah Kiblat perlu melakukan persiapan lebih awal, misalnya dengan memasang benda tegak lurus di tempat yang memungkinkan terkena sinar matahari pada waktu terjadinya matahari berada di atas kaabah.


Semuga bermanfaat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...