KISAH CINTA SEJATI MAKLUK ALLAH.
Cerita ini merupakan kisah tauladan, memberi inspirasi dan mendidik. Aku mengutipnya dari blog arrahmah.com, semuga dapat memberi manfaat buat semua.
Sesungguhnya, seluruh makhluk ciptaan Allah ta’ala, pasti akan dihimpun kembali pada ‘yaumul qiyamah’. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, hingga makhluk ghaib yang tidak terlihat oleh indera kita sekali pun, juga merupakan makhluk-Nya yang berkaum-kaum dan umat sebagaimana kita selaku manusia. Untuk itu marilah kita saksikan firman Allah ta’ala yang menyebutkan perihal ini :
“Dan tiadalah haiwan yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan makluk (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Allah mereka dihimpunkan.” (QS. Al-An’aam {6}:38).
Oleh kerana mereka juga makluk seperti kita, maka tentu di antara mereka juga terdapat naluri rasa kasih dan sayang, serta saling cinta mencintai di antara sesama jenis atau kaumnya. Begitu juga sebaliknya, boleh jadi mereka saling membenci bahkan saling membunuh! :’ Maka sebagai makhluk (sejenis) yang bersaudara, tentu saja kita ingin mengetahui “persamaan” kita dengan haiwan, dalam hal peranan cinta dan kasih sayang.
Untuk erti sebuah cinta kasih sayang, tontonkanlah adegan-adegan berikut ini…
Kelihatan seekor burung betina terkial-kial di sebuah jalan raya. Mungkin sakit, sehingga tidak mampu mengepakkan sayapnya untuk terbang. “Ooh… di manakah engkau wahai suamiku..”
“Isteriku, maafkan daku kerana telah membuatmu lama menunggu. Sekarang makanlah ini , semuga dapat memberimu sedikit tenaga, dan sayang dapat terbang agar kita dapat segera pulang... ". Namun kondisi isterinya kian melemah, semakin lemah, lalu terbaring…
“Wahai isteriku sayang, mengapa engkau tidak mahu makan makanan yang aku suapi? Jangan sayang tidur di jalan ini? Ayolah isteriku sayang, mari kita pulang…” Suami berusaha mengangkat jasad isterinya yang sudah terkulai layu...
Melihat isterinya yang sudah tidak bergerak dan terbujur kaku, barulah suami menyedari bahawa isterinya… sudah meninggal dunia! “Isteriku sayang… bangunlah, bangunlah. Jangan tinggalkan aku seperti ini…”
“Yaa Allaah…tiada daya dan upaya diri ini..."
Akhirnya si suami menyedari, bahwa pertemuan, jodoh, rezeki, dan maut adalah kehendak dan ketentuan dari Allah subhanahu wa ta’ala. Maka ia akhirnya pasrah dan berdoa… “Yaa Allah, bila ini sudah menjadi ketentuanMu, maka aku ikhlas. Ampunilah kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan oleh isteriku, dan tempatkanlah ia di sisi-Mu yang terbaik. Yaa Allah, bila engkau mengizinkannya, pertemukan dan satukanlah kami semula di Jannah-Mu. Sungguh aku mencintainya kerana-Mu yaa Allah, maka perkenankanlah permohonanku ini. Inna lillaahi wa inna illaaihi rooji’uun…”
D'Olah semula: Wann yusoff
No comments:
Post a Comment