79,000 DOLAR SETAHUN, CUKUP LUMAYAN!
Aksi-aksi lanun Somalia.
Sebuah kajian baru-baru ini melaporkan bahawa pendapatan seorang lanun di perairan Somalia mencapai 79.000 dolar setahun.
Dengan pendapatan sebesar itu bererti 150 kali pendapatan per kapita penduduk Somalia, menurut penelitian konsultan perisikan politik dan ekonomi Geopolicity yang diterbitkan media Afrika.
Dalam kajian Geopolicity juga disebutkan bahawa jumlah perbelanjaan akibat pelanunan di Lautan Hindi pada 2010, hampir semua dilakukan oleh lanun Somalia, diperkirakan mencapai sekitar 7 milion dolar hingga 12 milion dolar.
Kajian itu juga menyatakan wilayah kritikal perompakan semakin luas iaitu sekitar 2.5 juta batu persegi dari luar pantai Somalia, naik satu juta batu persegi laut dibanding dua tahun lalu.
Penelitian lain oleh Oceans Beyond Piracy, menjangkakan pembiayaan akibat perompakan dalam empat tahun akan datang mencapai 15 milion dolar.
Lautan Hindi dilalui setengah dari lalu lintas kontena dunia, dan 70 peratus dari jumlah lalu lintas minyak dunia melalui perairan itu.
Teluk Aden dan Oman adalah di antara laluan utama pelayaran dunia: sekitar 21,000 kapal, dan 11 peratus lalu lintas minyak mentah dunia, menyeberangi Teluk Aden setiap tahun.
Pelabuhan Mombasa dan Dar es Salaam menangani 25 juta tan kargo dalam 2008–tidak hanya untuk Kenya dan Tanzania, tetapi juga untuk Uganda, Republik Demokratik Kongo, Sudan Selatan, Rwanda, dan Burundi.
Keseluruhannya, pelabuhan Afrika Timur, dilalui sekitar satu perlima daripada lalu lintas kontena Afrika sub-Sahara, dengan purata pertumbuhan tahunan 6 peratus sejak 1995.
Di Lautan Hindi juga terdapat sarana komunikasi penting, iaitu terdapat 17,000 km kabel serat optik bawah laut menghubungkan Afrika Selatan, Tanzania, Kenya, Uganda, dan Mozambik dengan Eropah dan Asia.
Insiden perompakan telah meningkat dari 276 pada 2005 menjadi 445 kes pada 2010. Menurut Biro Maritim Antarabangsa, ada 142 serangan antara Januari-Mac 1997- 2011 di antaranya di luar pantai Somalia–meningkat daripada 35 pada jangka masa sama tahun sebelumnya.
Lanun berjaya menyita 18 kapal di seluruh dunia, menahan lebih dari 340 tawanan dalam setiap serangan, di mana tujuh kru kapal terkorban dan 34 lainnya cedera.
Dalam lima tahun terakhir tuntutan tebusan lanun Somalia meningkat mengejutkan, 36 kali ganda, dari kira-kira 150,000 dolar pada 2005 kepada 5.4 juta dolar pada 2010.
Pembayaran wang tebusan terbesar hingga kini adalah untuk kapal tanker Korea Selatan Samho Dream yang mencapai 9.5 juta dolar yang dibayarkan pada November tahun lalu.
Jumlah pendapatan lanun Somalia pada 2010 sekitar 238 juta dolar. Oceans Beyond Piracy menjangkakan jumlah bayaran insuran akibat perompakan oleh lanun Somalia antara 460 juta dolar hingga 3.2 milion dolar per tahun.
Pembiayaan bagi persidangan perompakan dan penjara tahun 2010 sekitar 31 juta dolar, dan biaya tambahan akibat pengalihan laluan kapal untuk menghindari perompakan antara 2.4 juta dolar hingga 3 milion dolar setahun.
Itu belum termasuk biaya pengerahan pasukan tentera laut untuk perlindungan yang mencapai 7 milion hingga 12 milion dolar.
Kajian itu melaporkan bahawa jumlah lanun akan terus bertambah, sekarang diperkirakan sekitar 1.500 orang, naik lebih 400 orang setiap tahun.
No comments:
Post a Comment