Tentang Cinta
Sukar untuk dihitung berapa banyak kata cinta terungkap dari bibir manusia yang rapuh. Dari seorang Perdana Menteri hingga seorang pengemis jalanan, semua berkata cinta, cinta dan cinta. Akan tetapi tentu berbeza konsep, erti dan makna dari tiap-tiap individu tersebut dalam berbicara tentang cinta. Seolah-olah dunia ini menjadi bising kerana bunyi dari kata cinta tersebut.
Begitu juga halnya dengan banyaknya hasil karya seni yang “mengeksploitasi cinta”, mulai dari filem, lagu, buku, lukisan, cerita rakyat, dan lain-lainya. Kini seakan cinta menjadi sebuah tema besar dalam kehidupan. Hidup tanpa cinta bagai taman tak berbunga .
Sekarang ini cinta sudah menjadi suatu industri dan tidak dapat dimungkiri bahawa cinta menjadi kompleks kewangan pesisir yang sangat menggiurkan bagi para kaum kapitalis. Diciptalah gerak kerja yang berkenaan dengan cinta, lalu kemudian dibuat produk-produk cinta tentang cinta tersebut. Mereka melakukan hal ini atas nama “cinta”. Akan tetapi cinta terhadap kepentingan dan wang yang akan mereka raih atas “pengindustrisasian cinta”. Mereka menjual cinta seperti menjual pisang goreng.
Apakah makna cinta ? Apakah erti cinta menurut anda?. Setiap orang tentu mempunyai definisi dan tafsiran yang berbeza mengenai cinta. Saya jadi teringat seorang kawan yang mengatakan bahawa Cinta itu berasal dari gabungan rangkai kata 'Cerita Ini Nanti Takkan Ada'. Memang aneh ,tetapi ada benarnya juga beliau berkata demikian. Kenapa?
Menurut cerita kononnya pada suatu hari sebuah kajian dilakukan oleh seorang ilmuwan. Ia mengkaji tentang bagaimana perilaku orang yang terkena cinta dan perlakuan orang-orang terhadap cintanya. Kesimpulan dari Ilmuwan tersebut menyatakan bahawa pada saat berada di alam percintaan, kebanyakan kaum lelakilah yang paling banyak bercakap dibandingkan dengan kaum perempuan . Keadaan ini berbeza pada masa pernikahan dan waktu mempunyai anak satu atau dua. Waktu ini, giliran kaum perempuan yang lebih banyak bercakap berbanding kaum laki-lakinya (menuntut hak sebagai isteri dan anak-anaknya). Pada fasa ketiga (fasa klimaks) ketika mempunyai anak lebih dari dua dan seterusnya, kaum laki-laki dan kaum perempuan sama-sama saling bercakap sekuat tenaganya dan berusaha untuk saling mengalahkan satu sama lain. Lalu timbul pertanyaan, siapa yang akan mendengarnya?. Yang akan mendengarkan adalah jiran tetangga dan anak-anaknya. Hahaha.
Bercakap tentang cinta saya juga teringat dengan ungkapan salah seorang teman sekerja saya. Beliau menyatakan bahawa cinta itu seperti buang angin (kentut). Ketika ingin dikeluarkan malu, akan tetapi kalau tidak dikeluarkan akan menimbulkan penyakit!!. Dari dua contoh tersebut, terdetik dalam benak saya, kenapa mereka berkata seperti itu?. Mungkin kerana pengalaman, gurauan belaka, atau memang seperti itu perspektif dan persepsi kebanyakan manusia tentang cinta.
Kenapa manusia sering sakit akibat panahan cinta? Kalau ditinjau dari istilahnya, seseorang yang merasakan hebatnya, dahsyatnya, indahnya, manisnya cinta dikatakan bahawa ia sedang “jatuh cinta”. Jika seseorang jatuh sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Maka ia akan merasakan sakit, dan itu pasti ia tidak dapat untuk menghindarkan kata jatuh atau kata sakit .
Dalam mengertikan cinta manusia sering mengandingkan cinta dengan istilah yang menurut saya, aneh. Cinta pertama salah satu contohya. Kebanyakan ketika seseorang ditanya sejak bila ia mulai merasakan cinta pertama. Kebanyakan mereka menjawab ketika berumur belasan tahun mungkin sekitar 14-18 tahun. Alangkah malang sekali hidup orang-orang ini. Apakah semenjak umur mereka 0 hari sampai dengan usia tersebut, mereka sama sekali belum pernah merasakan cinta?. Padahal semenjak usia 0 hari mereka itu berada dalam organ manusia didalam perut yang bernama RAHIM (salah satu sifat Allah yang berarti maha penyayang). Apakah benar ia tidak merasakan cinta Tuhannya pada saat itu?. Atau ketika orang tersebut terlahir kedunia, ia pun disambut dengan air mata cinta ibu dan bapanya!!. Sekali lagi, apakah orang itu tidak merasakan cinta kedua orang tuanya ketika peristiwa itu terjadi?.
Cinta monyet. Apakah cinta monyet itu? Manusia berfikir bahwa cinta monyet adalah cinta pada lawan jenis ketika masa kanak-kanak (atau semacamnya –lah). Padahal (lagi-lagi menurut saya) monyet itu adalah sejenis binatang (setuju kan)!!. Apakah kita ingin menyamakan ketika diri kita kanak-kanak dengan seekor binatang?. Cinta binatang hanya untuk memuaskan naluri kebinatangannya sahaja. Jarang saya mendengar bahawa ada pasangan monyet mempunyai komitmen membina sebuah keluarga, punya anak keturunan sampai cucu- cicit dan seterusnya sampai ajal menjemput salah satu dari pasangan monyet tersebut. Pernahkah anda mendengarnya?. Cinta monyet (binatang) ini tidak mengenal usia. Mereka yang terlibat dalam cinta ini, boleh jadi orang yang sudah dewasa dan juga remaja. Banyak juga orang yang menikah secara tidak sengaja (by accident) kerana cinta monyet (binatang) ini. Kalau menurut saya, cinta monyet sama dengan kumpul kebo, itu sama-sama binatang -kan?.
Dalam hal mencintai, manusia makluk yang tidak sempurna akan tetapi boleh juga menjadi terlalu sempurna (berlebihan) untuk mencintai sesuatu yang tidak sempurna. Dalam Al Qur’an Allah telah berfirman yang ertinya “Dijadikan indah pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang tertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan dunia, dan di sisi Allah –lah tempat kembali” (QS 3 : 14).
Pandangan manusia menjadi indah ketika melihat hal-hal seperti itu. Dan ini hanya pandangan bahkan terkadang hanya menjadi fatamorgana belaka. Salah seorang teman pernah berkata bahawa cinta adalah sebuah penipuan. Kerana didalam cinta terjadi proses kepura-puraan untuk menjadi sosok yang terlihat sempurna dihadapan hal-hal yang ia cintai. Manusia menipu dirinya kerana cintanya. Padahal Allah –lah tempat kembali. Ini menunjukkan bahawa semua yang sudah disebutkan akan hilang kerana ketidak sempurnaannya.
Mencintai hal yang tidak sempurna bererti sudah harus siap mengambil risiko menerima sakit, kecewa perih, atau kata lain yang bermakna sejenis. Sangat wajar, kerana memang apa yang dapat kita harapkan dari hal-hal yang tak sempurna?. Kita semua akan kembali kepada Allah SWT yang Maha Sempurna. Sangatlah aneh jika makhluk yang tidak sempurna mengharapkan kesempurnaan dari perkara-perkara yang sama seperti manusia, iaitu ketidaksempurnaan. Manusia bukan suatu hal yang sempurna, kerana secantik-cantiknya atau setampan-tampannya perempuan atau lelaki tetap sahaja jika ia buang angin (berkentut), baunya tetap sahaja tidak harum! seharum minyak wangi...hehehe...
No comments:
Post a Comment