Tuesday, August 30, 2011

PAGI IDUL FITRI 1432 H. BERSAMA FAMILI


BERMAAFAN DI IDUL FITRI




 SOLAT IDUL FITRI DI MASJID BESAR TANAH MERAH
KELANTAN.







Monday, August 29, 2011

GOOD BYE RAMADHAN AND WELCOME AIDIL FITRI.


Selamat Tinggal Ramadhan 1432 H!
                                                   
                                                    
TIDAK terasa, hari ini kita akan segera memasuki bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan, setelah sebulan penuh kita berada dalam “kawah kenikmatan” Ramadhan, melaksanakan ibadah  puasa sebulan penuh. Taqabbalallah minna wa minkum, selamat ‘Idul Fitri, mohon maaf lahir batin. Selamat datang kembali di hari-hari penuh tantangan sekaligus perjuangan.

Namun demikian, harus  diingatkan, agar kita tidak larut dalam kegembiraan hari raya. Kerana setelah ini kita harus melakukan instrospeksi. Kita evaluasi keseluruhannya, adakah target Ramadhan kita tahun ini telah tercapai? Seberapa besar perolehan nilai-nilai ketaqwaan yang berhasil kita raih? Sejauhmanakah rangkaian ibadah Ramadhan yang baru sahaja kita jalani telah mengubah diri kita menjadi sosok peribadi baru yang fitri? Seberapa besarkah pengaruh tarbiyah Ramadhan terhadap perubahan sikap dan perilaku kita? Seberapa besarkah potensi fitri yang selama ini tersembunyi berhasil kita angkat ke permukaan?


Puasa Syawal

Bagi yang belum pernah menjalankan puasa sunnah bulan Syawal,  dianjurkan untuk melaksanakannya secara sempurna, enam hari. Jangan menunda-nunda pelaksanaannya, kerana tanpa kita sedari juga, bulan Syawal juga akan meninggalkan kita. Puasa enam hari di bulan Syawal, selain pahalanya sebanding dengan puasa selama setahun penuh, juga menjadi penyempurna puasa Ramadhan.Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan syawal, maka dia seperti berpuasa seumur hidup." (Riwayat. Muslim)

Saya yakin, kita telah menjalankan ibadah Ramadhan sebulan penuh, kecuali yang uzur. Akan tetapi saya tetap yakin bahawa kesempurnaan ibadah kita itu masih jauh dari yang seharusnya. Masih terdapat lubang di sana-sini. Masih terdapat berbagai kecacatan dan kelemahan. Untuk itu, puasa enam hari di bulan Syawal merupakan penyempurna kepada ibadah Ramadhan kita.

Mengapakah puasa enam hari di bulan syawal itu penting? Bagi kita, keperluan untuk menjalankan ibadah tidak sekadar mencari pahala. Lebih penting dari itu ia adalah upaya  untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.  Pendekatan itu dapat dilakukan dengan menjalankan ibadah-ibadah sunnah, di samping yang wajib. Salah satu ibadah sunnah yang efektif sebagai sarana pendekatan tersebut adalah puasa sunnah. Di antara puasa sunnah yang mu’akkad adalah puasa enam hari bulan syawal. Dalam keadaan berpuasa kita menjadi lebih dekat, dan Allah memang dekat kepada kita.

Dalam proses mendekatkan diri dengan Allah itu, kegiatan penting yang harus kita lakukan adalah melakukan refleksi. Untuk melakukan refleksi, kita  tidak harus menyediakan waktu khusus. Boleh jadi di celah-celah kesibukan, kita boleh melakukan refleksi. Akan tetapi dengan menyediakan waktu yang khusus, disertai dengan suasana lingkungan yang mendukung dan  persiapan fizikal dan mental yang matang, maka refleksi itu menjadi lebih mudah dan lebih berdayaguna. Dalam suasana yang hingar bingar sukar  bagi kita untuk melakukan refleksi, kecuali oleh mereka yang sudah terbiasa,.

Puasa merupakan kondisi yang paling terasa nilainya. Orang yang sedang berpuasa pasti mengalami suasana fizikal dan batin yang berbeza. Inilah kondisi yang ekstrim, yang menjadikan pelakunya langsung merasakannya. Dalam keadaan seperti ini, refleksi lebih mudah dilakukan.

Ingat, Ingat dan Ingat Terus!
Selain puasa enam hari, yang perlu dilakukan adalah menjaga dan meningkatkan apa yang telah kita peroleh selama Ramadhan. Bila pada bulan Ramadhan kita lebih rajin beribadah, maka di bulan Syawal dan bulan-bulan berikutnya, hal itu harus tetap kita jaga, kita rawat, dan kita teruskan. Jangan nanti kebiasaan beribadah hanya terjadi pada bulan Ramadhan, sementara di bulan-bulan lain kita kembali malas beribadah.

Jika pada bulan Ramadhan kita telah berhasil mengendalikan hawa nafsu, maka di bulan-bulan yang lain kita harus tetap boleh mengendalikannya. Jangan sampai nafsu kembali menguasai dan menjadi boss pada diri kita. Nafsu memang akan tetap ada, tapi ia harus tetap dalam kendali akal fikiran dan hati nurani. Jangan sebaliknya, akal fikiran dan hati nurani kita dikendalikan oleh hawa nafsu. Kehebatan akal budi dan hati nurani atas nafsu dalam diri dan masyarakat Muslim harus dijaga, dirawat, dan dipelihara.

 Akhirnya, selamat berjuang. Selamat menghadapi dunia penuh cabaran dan tantangan.

#//\\ SELAMAT  HARI  RAYA AIDIL FITRI,  MAAF ZAHIR DAN BATHIN  //\\#

TALIBAN GUNA ROKET UNTUK HUKUMAN MATI.




Taliban Menghukum Komandan Polis Dengan Peluru Besar 82mm

 Sebuah rakaman video beredar di laman LiveLeak mengenai hukuman mati seorang komandan polis Aghanistan oleh Taliban. Tidak seperti kebiasaanya, kali ini Taliban menembak mati tawanan mereka dengan senjata besar, dengan saiz peluru 82 mm.

Tidak diberi tarikh video ini dibuat. Hanya, judul yang tertera dalam video itu menunjukkan, Taliban sedang menjalankan hukuman mati "seorang komandan polis di Paktia" yang mereka culik sebelumnnya.

Video dimulai dengan gambar seorang lelaki berdiri di tengah lapangan dengan tangan terikat. Di kedudukan lainnya, terdapat beberapa pejuang Taliban. Diperlihatkan juga sebuah senjata besar, dengan saiz peluru 82 mm, senjata ini biasa digunakan untuk menghancurkan kendaraan bersenjata berat.

Beberapa saat kemudian seorang anggota Taliban duduk di balik senjata besar itu, dan mengarahkan muncong senjata ke komandan polis. Dan senjata besar itu ditembakkan, dan komandan polis tersebut lebur.
Pejuang Taliban lainnya terdengar meneriakkan takbir, "Allahu Akbar", Allah maha Besar.

Mayat komandan polis itu jelas  hancur terkena peluru besar. Video sebegini ini biasanya dikeluarkan oleh pihak Taliban sebagai propaganda perang untuk menakuti musuhnya, iaitu, Kerajaan Afghanistan, Tentara, Polis dan penceroboh asing.

Wilayah Paktia dikatakan sebagai benteng pertahanan jaringan Haqqani yang berkait dengan Al Qaeda. Sebelum ini, Taliban juga pernah menyiarkan video serupa pada bulan Julai, waktu mereka membariskan 16 anggota polis dan mula menembak mati semua mereka .

Polis sendiri secara tidak rasmi juga beberapa kali menyiarkan video penyeksaan yang mereka lakukan terhadap tersangka anggota Taliban. Banyak video beredar di internet yang memperlihatkan polis atau tentara Pakistan menyeksa tersangka anggota Taliban hingga mati dalam penyeksaan.
[muslimdaily.net]

Video ( awas ganas )




Sunday, August 28, 2011

YA, RAMADHAN, AKU CINTA PADA MU.

Seluruh Alam Menangisi Pemergian Ramadhan.....
Seluruh isi alam menangisi akan pemergianmu wahai  Ramadhan . Seluruh alam ketika ini sedang bersedih … bukit, bukau, gunung ganang, ikan di laut dan sungai, tumbuh-tumbuhan dan segala  binatang dan juga hidupan di atas muka bumi ini………..hanya,  ya hanya….hanya mungkin kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana akan mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.


Kegembiraan menyambut Syawal lebih daripada kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan. 
Menangisi kerana ditinggalkan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan…dalam Ramadhan, segala Doa tidak ditolak, Segala dosa diampunkan, diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari Azab Api Neraka.  Tiada suatu bulan pun yang setaraf denganmu wahai Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan.  Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan ibadat Umat Nabi Musa dan umat-umat terdahulu yang usianya mereka ribuan tahun dipenuhi amalan ibadat.
 
Wahai sahabat sekalian….Ramadhan cuma tinggal beberapa hari lagi…masih ada waktu lagi, ayuhlah, mari kita berhabis-habisan mengejar, mengaut keberkatan.  Menangislah kita di malam hari di hadapan Allah. Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu bapa kita baik yang masih hidup mahupun yang telah pun pergi meninggalkan kita...

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kepada kita ... Di manakah kita pada waktu yang cukup kritikal ini...di manakah dan bagaimanakahkeberadaan kita saat Ramadhan sudah mahu melangkah pergi…??? Ya Allah, ...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Apakah akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang ??? Mungkin ya, mungkin tidak. Seandainya kita ketemu lagi, usia ku sudah lanjut, tidak segagah, tidak sehebat, sekudrat tahun ini...Oleh itu, ampunilah seluruh dosa ku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, ibu bapaku, muslim dan muslimat, mukminim dan mukminat...

********///\\\******
Peringatan ini untuk diriku sebenarnya… dan juga buat anak-anakku membacanya bila mereka sudah mengerti dan bila aku dan ibunya sudah tiada lagi…. Jika  baik, jadikan teladan dan jika bermanfaat ambillah jadi amalan.

Saturday, August 27, 2011

50 Ribu Manuskrip Al Azhar Boleh Di akses Secara Online

 
Pada hari ini (27/8/11), pihak Al Azhar melakukan pelancaran laman web perpustakaan Al Azhar. Di mana melalui laman tersebut, manuskrip-manuskrip dari karya para ulama boleh di akses oleh semua pihak.
Mahdi Syaltut, Ketua Pentadbiran Pusat Perpustakaan Al Azhar menyatakan bahwa laman tersebut memuat manuskrip-manuskrip langka yang tersimpan di perpustakaan Al Azhar, yang jumlahnya mencapai 50 ribu naskah.
Ia menambahkan bahwa projek ini sebenarnya merupakan sebahagian dari pelestarian terhadap manuskrip, di mana dokumennya tidak lagi mengandalkan bentuk fisikal dari manuskrip melainkan kopi digitalnya.
Waktu ini sudah 16 ribu naskah yang format digitalnya sudah tersedia, yang jumlahnya mencapai 5.2 juta lembar. Dan untuk penyelesaiannya perlu  8 juta lembar lagi.
Projek ini ditaja oleh Syeikh Muhammad bin Rasyid, selaku Perdana Menteri  Emirate Arab sedangkan Al Azhar hanya menyediakan lokasi dan tenaga.*
~Dikutip dari Hidayatullah.com.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI DAN ...

Salam 

 SELAMAT  MENYAMBUT IDUL FITRI
           DARI KAMI SEKELUARGA UNTUK SEMUA
                        MAAF ZAHIR DAN BATHIN

# Bermaaf-maafan itu adalah lebih dekat dari taqwa, disisi Allah;
#Bermaaf-maafan itu akan membebaskan seseorang insan yang bersalah daripada di hukum kemudian;
#Hamba-hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang baik hati, rela memaafkan orang lain (termasuk pihak lawan sendiri); dan bahawa Allah SWT redha kepada sifat-sifat yang mulia lagi terpuji.
#Insan yang sentiasa melakukan amal yang baik, suka & redha memaafkan orang lain serta sentiasa berusaha menahan kemarahnnya daripada memuncak akan mendapat keampunan Allah SWT jua! Balasannya adalah syurga...
#Sifat pemaaf adalah baik lagi di sukai Allah SWT. Oleh itu:
  +Kita hendaklah rela memaafkan orang lain atas sebarang kesalahan yang telah dilakukan;
  +Kita wajib memberi maaf apabila telah diminta oleh orang yang telah memohonnya   daripada kita;
  +Manakala sifat enggan memberi maaf kepada orang lain adalah sifat/perangai syaitan.
 ...DAN JANGAN LUPA BAHAWA...

Wednesday, August 24, 2011

ANTARA KEPAHITAN DAN KEMANISAN

Pahitnya Dunia kerana Manisnya Syurga Tuhan

Seorang ahli sufi berkata "Adakalanya kesalahan menjadikan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. oleh kerana itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda tentuya berkat bantuan orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda "Seutama utama perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya sebab itu tidak di terimanya".

Ulama' mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman, buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih Rasulullah s.a.w. bersabda "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

Saling mencintai Rasulullah s.a.w. bersabda "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda "Jagalah dirimu dari api neraka meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu ibarat perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian),modalnya taqwa sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat, Rasulullah s.a.w. bersabda "Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih, seorang ulamak berkata "Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki, kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya, Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi, niscaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga, Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon di mana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum dapat melepasinya".

Seorang soleh berkata "Barangsiapa tidak ada ilmu dan barang siapa tidak ada agama dan barang siapa tidak ada sifat wara' bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh, Rasulullah s.a.w. bersabda "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang, Rasulullah s.a.w. bersabda "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika ana ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran, Nabi s.a.w. bersabda "Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa solat malam, Nabi s.a.w. bersabda "Biasakanlah solat malam sebab ia kebiasaan orang solihin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak, seorang soleh mengingatkan "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia, padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman, seorang ulama' berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik, seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab "Memberikan makanan, mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal maupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar, seorang ulama' berkata "Muda akan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan akan lemah, tua akan datang, kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku, Rasulullah bersabda "Ada empat perkara yang membawa celaka iaitu mata yang beku{tak sudi mengeluarkan air mata) kesat hati, panjang angan angan dan tergoda oleh dunia".

Jika engkau maukan kemesraan, seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri, tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubungan dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan banyak bicara, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir Islam "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air, tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.. artinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku, seorang ulama berkata "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman, orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara, seorang ulama berkata "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa, hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam, Nabi s.a.w. bersabda "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih,Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.

Berkasih sayang "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi, saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".

Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.

Kata kata hikmah "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".

Ambillah hikmah di mana pun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".

Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat-ubatan, satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.

"Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih aktif"

"Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain"

"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".

Kesabaran ada dua macam, Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.

Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.

Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan, tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.

Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.

Kesusahan dalam hidup ini umpama musim dingin, basah dan lembab tidak
disukai oleh manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula, bunga bunga yang harum dan buah yang subur.

Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain, bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.

Curahkan sedikit kebaikan dan pasti kita akan merasakan nikmatnya.

Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesunyian, kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesyukuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

==Puncak kebahagiaan  ialah syurga kehidupan, berakhirnya sebuah pencarian ==

Monday, August 22, 2011

BERTAFAKUR SEJENAK

Go to fullsize imageBINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA

Pada hari akhirat nanti akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari Barat ke Timur. Apabila ia keluar maka Malaikat Jibril a.s berkata: "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy: "Aku mencari lima jenis orang iaitu:

* Orang yang TIDAK mengerjakan SOLAT.
* Orang yang TIDAK mahu mengeluarkan ZAKAT.
* Orang yang MENDERHAKAI IBU BAPAnya.
* Orang yang suka MINUM ARAK.
* Orang yang sangat suka BERCAKAP-CAKAP tentang hal DUNIA di dalam MASJID.

HANYA DI PINGGIRAN...

Go to fullsize image
Berada di Pinggiran

“Di antara manusia, ada yang menyembah Allah dengan berada di tepi” (QS. Al Hajj: 11).

Memperbanyak amalan ibadat memang sangat penting. Namun, yang lebih penting lagi adalah memelihara kualiti dan amalan istiqamah . Sebab, ada orang yang beramal, tapi disebut berada di tepi atau pinggiran sahaja.

Orang yang berada di tepi dalam beramal digambarkan sebagai orang yang beribadah, tapi bukan dengan niat dan kesedaran semata-mata kerana Allah. Orang yang demikian hanya mahu dan bersemangat dalam beramal kalau itu menguntungkan dirinya sahaja. Orang-orang seperti digambarkan sangat rapuh sifat keimanannya. Ia mudah sekali berubah. “Jika ia memperoleh kebaikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, maka jika ia ditimpa suatu bencana, ia berbalik ke belakang” (QS. Al Hajj: 11).

Dalam konteks pilihanraya  juga ada orang-orang seperti ini. Dengan niat agar masyarakat mengenalinya sebagai orang baik dan nanti memilihnya, ia mulai gemar bersedekah, membantu dan menghadiri acara-acara keagamaan hanya menjelang pemilihan sahaja. Namun, bila terpilih , ia berbalik menjadi orang yang suka berbuat aniaya dan kezaliman.

Bila tidak terpilih, ia menjadi putus asa dari rahmat Allah. Orang yang “berada di tepi atau pinggiran” seperti ini akan sia-sia amalannya. Demikianlah disebutkan dalam Alquran, “Rugilah ia di dunia dan akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata” (QS. Al Hajj: 11).

Sunday, August 21, 2011

GURU OH GURU...

PATUH DAN TAATNYA SEORANG  GURU...



 -Alamak!!! kalau tahu berat, kenapa dulu gatal sangat nak pikul???
-Lain hulu lain parang, itu dulu bukan sekarang!!!
-Naik perahu atas darat, tak tahu malu, tak boleh harap!
-Raut-raut naik ke muka, bukan tak cerdik, tapi dah kena kerja!!!
-La..laa..ada ubi ada batas, sendiri cari dapatlah nahas...
-Bukan sikit, tapi banyak, bukan sakit, tapi ini kes aniaya...
-Amin sajalah...
-kwa..kwa...kwa............................

Friday, August 19, 2011

TIP UNTUK MENJADI JUARA


Go to fullsize imageRESEPI UNTUK MENJADI JUARA

Dalamerlumbaan larian jarak menengah atau lari marathon, seorang atlit akan memulai larian dengan kecepatan sederhana, tidak cepat juga tidak lambat. Ia akan menjaga kestabilan larianya sehingga tetap berada di depan tanpa harus kehabisan tenaga. Apabila memasuki tahap terakhir, ia akan berlari pantas sehingga boleh mencapai garis penamat paling awal. Ia tidak akan berlari pantas di tahap awal dan pertengahan perlumbaan. Sebab, tindakan itu akan membazir tenaga sehingga menyebabkan kelelahan dan lambat sampai ke garis penamat.
Bulan Ramadhan ialah bulan perlumbaan, iaitu musabaqah fil khairat. Bulan suci yang penuh berkah ini menawarkan banyak cabang amal kebajikan; solat lima waktu secara berjama’ah di masjid, puasa Ramadhan, solat tarawih dan witir, tadarus Al-Qur’an, sedekah sunah, silaturahmi, thalabul ilmi, dakwah, umrah Ramadhan, i’tikaf, dan lain-lain .Setiap muslim boleh mengikuti sebanyak mungkin cabang perlumbaan amal kebajikan, selagi  ia memenuhi syarat-syaratnya dan mampu melakukannya.
Dari segi kuantiti, setiap muslim dituntut untuk berlumba  sesama muslim untuk mengikuti sebanyak mungkin cabang amal kebajikan. Adapun dari segi kualiti, setiap muslim mesti berlumba sesama muslim yang lain agar amalnya paling ikhlas dan paling sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Selama satu bulan penuh, setiap muslim dituntut untuk menampilkan prestasi terbaiknya. Tidak ada istilah menyerah, mengalah, terlalu lelah, dan bosan. Setiap muslim diwajibkan menggapai garis penamat dengan husnul khatimah.
Secara teori, boleh jadi sebahagian besar kita telah mengetahuinya. Hanya bagaimana dengan amalannya? Dalam hal ini, mau tidak mau kita harus mengakui masih jauh panggang dari api. Amalan kita masih sering bertolak belakang dengan teori yang sudah kita ketahui. Kita  berlari terlalu pantas di awal Ramadhan ibarat seorang pelari pecut. Bila di pertengahan Ramadhan kita kelelahan atau kehabisan tenaga. Dan di akhir Ramadhan, kita bahkan tidak ingat lagi dengan perlumbaan. Kita disibukkan dengan urusan balik kampung, pakaian baru, aneka makanan untuk idul fitri, dan lain sebagainya. Entahlah, apakah kita masih boleh disebut menggapai garis penamat? Yang jelas, kita tidak naik ke podium sebagai seorang juara.
Rasulullah SAW sejak pertama kali disyariatkan puasa Ramadhan telah memberi tauladan bagaimana cara memaksimakan bulan yang penuh berkah ini. Pada sepuluh hari terakhir, beliau SAW ‘berlari’ begitu hebat. Seluruh waktu, fikiran, dan tenaganya dikonsentrasikan untuk menggapai garis penamat  yang terbaik. Beliau SAW meninggalkan seluruh urusan yang tidak ada kaitannya dengan ibadah. Beliau secara keseluruhannya bertaqarrub kepada Allah SWT. Semua bentuk ibadah ditingkatkan, baik secara kualiti maupun kuantiti. Semua itu demi meraih 'title' juara, iaitu takwa di sisi Rabb SWT.

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأَوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ ، أحْيَا اللَّيْلَ ، وَأيْقَظَ أهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ المِئزَرَ

Dari Aisyah RA ia berkata: “Jika telah masuk sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan, maka Rasulullah SAW menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dalam ibadah, dan mengencangkan sarungnya.” (HR. Bukhari)

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كَانَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ في رَمَضَانَ مَا لاَ يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ ، وَفِي العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْهُ مَا لا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ

Dari Aisyah RA ia berkata: “Kebiasaan Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan Ramadhan melebihi ibadah beliau dalam bulan-bulan lainnya. Dan beliau juga bersungguh-sungguh ibadah dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan melebihi kesungguhan ibadah pada hari-hari Ramadhan yang lain.” (HR. Muslim )

Kesungguhan ibadah Nabi SAW dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan melebihi kesungguhan ibadah beliau pada dua puluh hari pertama Ramadhan. Aktiviti ibadah beliau digambarkan oleh hadits di atas adalah
  1. Menghidupkan malamnya, iaitu mempergunakan seluruh atau sebahagian besar waktu malam untuk ibadah. Terutama sekali adalah melakukan solat tarawih dan witir serta membaca Al-Qur’an. Pada malam selain Ramadhan, sahabat Hudzaifah bin Yaman RA pernah bermakmum solat malam dengan Rasulullah SAW. Dalam satu raka’at solat malam tersebut, beliau SAW membaca tiga surah sekaligus; Al-Baqarah, An-Nisa’, dan Ali Imran. Artinya, dalam satu raka’at beliau SAW membaca 5 juz lebih (HR. Muslim )
  2. Sahabat Ibnu Mas’ud pernah bermakmum solat malam kepada Rasulullah SAW di luar bulan Ramadhan. Begitu lama dan panjangnya solat beliau SAW, sampai-sampai Ibnu Mas’ud berniat duduk dan meninggalkan Rasulullah SAW solat sendirian (HR. Bukhari  dan Muslim ). Demikian kesungguhan solat malam (tahajud dan witir) beliau SAW di luar Ramadhan. Maka bagaimana lagi dengan kesungguhan solat tarawih dan witir beliau SAW di bulan Ramadhan? Apatah lagi dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan?
  3. Membangunkan keluarganya, iaitu membangunkan isteri-isteri beliau SAW untuk melakukan solat tarawih dan witir. Di luar bulan Ramadhan, beliau SAW biasanya membangunkan isterinya ‘hanya’ untuk solat witir sebelum waktu Shubuh, seperti yang biasa beliau lakukan terhadap Aisyah RA (HR. Bukhari dan Muslim )  
  4. Bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tentunya solat tarawih dan witirnya lebih lama, bacaan Al-Qur’annya lebih banyak, zikir dan istighfar diperbanyak, muhasabah diri lebih banyak. Dan seterusnya.
  5. Mengencangkan sarungnya. Mengenai maksud dari ‘mengencangkan sarungnya’, imam An-Nawawi menyebutkan beberapa pendapat ulama. Sebahagian ulama menyebutkan maknanya adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah melebihi kesungguhan ibadah pada waktu-waktu yang lain. Sebahagian ulama pula menjelaskan maksudnya adalah mencurahkan tenaga dan konsentrasi untuk beribadah semata-mata. Sebahagian lainnya pula menyatakan hal itu adalah bahasa kiasan atas sikap tidak menggauli isteri (pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan) agar dapat menumpukan dalam ibadah. (Shahih Muslim bi-Syarh An-Nawawi, dan Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, )
Kesungguhan ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ini memiliki banyak hikmah. Salah satunya adalah boleh melakukan I’tikaf dan mencari lailatul qadar. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits berikut,
وعن عائشة رضي الله عنها ، قالت : كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ في العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، ويقول : (( تَحرَّوا لَيْلَةَ القَدْرِ في العَشْرِ الأواخرِ منْ رَمَضانَ ))

Dari Aisyah RA ia berkata: “Rasulullah SAW senantiasa beri’tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda, “Bersungguh-sungguhlah kalian mencari lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari  dan Muslim )
Di antara hikmah lainnya adalah bersungguh-sungguh memanfaatkan waktu ibadah yang istimewa, sebelum bulan istimewa ini  berlalu. Dengan demikian, ibadah di bulan suci ini boleh diakhiri dengan husnul khatimah. Bagaimanapun juga, seorang juara ditentukan di garis penamatnya. Sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW,
وَإِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
Sesungguhnya amal-amal itu tergantung bagaimana dengan penutupannya (bagaimana ia diakhiri).” (HR. Bukhari)
Wahai sekalian muslim...
Kita belum terlambat. Perlumbaan sesungguhnya akan kembali dimulai. Bersiaplah…ambil kedudukan semestinya…larilah sekencang-kencangnya…tataplah reben garis penamat…bertekadlah menjadi ‘juara’ agar Allah SWT menyerahkan trofi ‘takwa’ kepada kita semua. Amien.
Wallahu a’lam bish-shawab.

#Diedit dan diolah semula dari arrahmah.com

Tuesday, August 16, 2011

HEBATNYA RAHSIA TAHUN 2011: SUBHANALLAH!!!

823 Tahun Sekali.

Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama.

Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!!!


Contoh: Anda yang lahir pada tahun 1988, umurnya sekarang 23 pada tahun ini. Jadi, 88 + 23= 111..!!!


Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!!!


Subhanallah...


  ~Aku pula rembat dari blog Isa

FREDERIC KANOUTE: PEMAIN BOLASEPAK MUSLIM TERHEBAT

Kanoute: Muslim di Luar dan Dalam Padang

Tidak banyak pemain bolasepak Muslim yang mahu menunjukkan identiti keislamannya di padang hijau. Hal ini berlaku buat Frederic Kanoute. Penyerang klub bolasepak Sevilla, Sepanyol, bangga menjadi seorang Muslim, dan itu ditunjukan dengan jelas dalam aksi, dan sikap hidupnya. Hidup di Barat, dan bergelut dengan budaya serta kebiasaan yang  bertentangan dengan prinsip hidup seorang Muslim, memang berat. Apalagi di dunia  bolasepak, satu bidang sukanyang paling popular di Eropah dan sangat memberi ruang pada kebebasan duniawi. Bahkan cenderung membuat orang lupa akan nilai-nilai agama. Kalaupun ada, untuk insan pemain bolasepak Muslim, diharuskan berhati-hati. Bukan rahsia lagi, sentimen agama masih kental dirasakan, selain juga anti-Islam yang banyak didengungkan.

Karier Sepakbola Kanoute
Kanoute dilahirkan dengan nama Frederic Oumer Kanoute di Sainte-Foy-lès-Lyon, 2 September 1977. Walaupun lahir di Perancis, tetapi Kanoute lebih dekat dengan Negara asal kedua orang tuanya, Mali. Ini kerana ikatan Muslim yang melekat dalam dirinya.
 
Kariernya bermula di klub Perancis, Lyon. Bermula di usia yang cukup muda iaitu 18 tahun. Tahun 2000, Kanoute direkrut oleh salah satu klub Liga Inggeris, West Ham United. Di klub ini, ia bermain sebanyak 84 kali dan menghasilkan 29 gol. Jumlah yang cukup banyak untuk ukuran pendatang baru saat itu. Kerana aksinya itu, Kanoute diminati klub yang lebih besar. Pada tahun 2002, ia berhijrah ke Tottenham Hotspur. Di Spurs, Kanoute hanya bertahan dua musim dengan gol sebanyak 21. Namun karier cemerlang Kanoute sebenarnya semakin nampak ketika ia mulai bermain untuk Sevilla, klub Sepanyol. Di klub ini, kecuali musim pertamanya dan musim 2008-2009, Kanoute selalu menjaringkan gol lebih dari 20 gol setiap musimnya. Jumlah yang hanya dapat diraih segelintir penyerang sahaja.

Keislaman Kanoute
Kanoute tidak pernah malu dalam menunjukan identiti keislamannya, baik di luar padang ataupun di padang permainan. Di padang permainan misalnya, setiap kali menjaringkan gol, ia tidak pernah lupa merayakannya dengan cara-cara yang “berani”. Misalnya dengan bersujud dan atau gerak tangan seperti orang Islam yang telah berdoa.
 
Dalam keadaan apapun, Kanoute tetap menjalankan kewajibannya untuk solat. Kerap ia solat di bilik ganti dan disaksikan oleh rakan-rakannya. Awalnya ritual itu membuat pemain-pemain lain hairan , namun lama-kelamaan, hal itu menjadi perkara yang biasa. Bahkan rakan-rakannya di Sevilla memberikan toleransi yang besar kepada Kanoute untuk melaksanakan keyakinannya.
 
  Di bulan Ramadhan , Kanoute tetap menjalankan ibadah puasa. Baik ketika latihan ataupun tidak. Namun, khusus ketika berlatih, pelatih  Sevilla memberikan kelonggaran kepada Kanoute untuk berlatih tidak secara penuh. Sedangkan dalam pertandingan, Kanoute tetap bermain penuh dan profesional walaupun tidak makan dan minum. Untungnya, pertandingan Liga Sepanyol lebih banyak  pada waktu malam hari, terutama bagi klub-klub besar.
 
Simpati Untuk Palestina
Dahulu, pernah ketika Gaza  dihancurkan Israel, ribuan rakyat Palestin syahid akibat keganasan kaum Yahudi Zionis, Kanoute tercatat hanya satu-satunya pemain bolasepak yang menyampaikan simpati dan dukungannya kepada Palestin. Hal itu ia tunjukan dengan cara membuka bajunya untuk memperlihatkan baju dalamnya yang bertuliskan "Palestine". Kata Palestin itu ditulis juga dalam beberapa bahasa yang lain. Itu ia lakukan dalam pertandingan Sevilla menentang Deportivo La Coruna.
 
Aksi Kanoute tersebut mengundang banyak komentar dan reaksi. Federasi Bolasepak Sepanyol (REF) mengenakan denda kepada Kanoute sebanyak 3000 euro. Keputusan ini membawa kepada aksi protes dari segala penjuru. Peraturan federasi Sepanyol melarang para pemain menunjukkan pelbagai publisiti atau slogan-slogan sepanjang pertandingan berlangsung. Pep Guardiola, jurulatih Barcelona, membela Kanoute untuk aksinya itu.
Tanggapan Kaonute? ”Itu merupakan sesuatu yang saya rasa harus saya lakukan. Setiap orang seharusnya merasa bertanggung jawab saat menyaksikan ada suatu situasi yang sangat tidak adil itu. Saya merasa 100 peratus bertanggung jawab atas apa yang saya lakukan dan saya tidak takut atas denda itu,” ujarnya kepada televisyen swasta Telecinco.

Muslim di Luar Lapangan
Kanoute memang dikenal sebagai muslim yang taat. Pada tahun 2007 , pemain terbaik Afrika 2007 ini pernah memberikan gajinya selama setahun, sebanyak 700,000 dolar US untuk menyelamatkan masjid terakhir yang ada di Sevilla. Masjid tersebut akan dijual kerana populasi Muslim di kota tersebut mulai menurun. Pemerintah setempat  akhirnya memberi nama tempat ibadah tersebut sesuai dengan sang pembeli.
 
"Jika tidak ada Kanoute, kami tidak akan beribadah pada hari Jumat lagi, di mana itu adalah hari yang suci bagi umat muslim," ujar wakil dari komuniti Islam Sepanyol,  setelah Kanoute membeli Masjid tersebut.
Ketaatan Kanoute dalam mengamalkan ajaran Islam juga mendapat dukungan penuh dari Sevilla. Ia diberi jersey khusus tanpa sponsor. Hal itu  kerana sponsor utama Los Palanganas, 888.com, adalah laman judi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga menyumbangkan seluruh hasil penjualan bajunya untuk beramal.
 
#MasyaAllah, hebatnya...pemain kita gimana????? 
#Dikutip dari laman institut al-Qayyim 



CARA TOKOH BOLASEPAK ZINADINE ZIDANE BERIBADAT

Zidane agih juadah puasa dipinggir kota Paris


Bekas pemain bolasepak terkenal , Zinadine Zidane yang juga seorang muslim membahagi-bahagikan makanan buka puasa kepada orang ramai di pinggir kota Paris.

TV5 Monde melaporkan, Zidane, legenda Perancis, melakukan rutin tahunan nya setiap bulan Ramadhan dengan membahagi-bahagikan makanan dan minuman buka puasa kepada para pejalan disekitar kota Paris itu. Perbuatan terpuji itu dilakukan bintang sepakbola dunia pada setiap Bulan Ramadhan yang juga disokong oleh penduduk setempat.

Zaidan yang kini berumur 38 tahun sengaja melakukan pembahagian makanan dan minuman saat buka puasa untuk mengenalkan tradisi muslim yang selalu menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selain itu, Zidane juga bermaksud mengenalkan manafaat besar dari ibadah puasa selama sebulan penuh pada bulan Ramadhan. - mengejar cahaya/IRIB

Monday, August 15, 2011

THE NIGHT OF POWER

Lailatul Qadr, malam yang dinanti-nanti oleh setiap muslim dan muslimat. Kelebihan dan keistimewaannya, hanya untuk orang yang tahu... subhanallah...+

PEMAIN BOLASEPAK HEBAT DUNIA PUN BERPUASA!!!





Pemain-Pemain Bolasepak Terkenal Dunia Juga berpuasa!!!


Diarra - Real Madrid


Kanoute - Sevilla
Kolo Toure - Man City
Ribery -Bayern Munich
Anelka - Chelsea
Yaya Toure - Man City
Abidal - Barcelona

 


Khedira - Real Madrid

Chamakh - Arsenal

 
Mesut Ozil
Seydou Keita
-Betapa hebatnya mereka, tetapi ibadat terhadap Allah tetap dilakukan, so bagaimana dengan kita yang tidak seberapa ini melakukan ibadat puasa...fikir-fikirlah.

Sunday, August 14, 2011

VIDEO INSIDE OF KAABA






Video dedah isi Kaabah


LEBIH dua juta umat Islam melakukan tawaf pada musim haji.
 
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

VIDEO selama lebih empat minit ini boleh ditonton di YouTube.
Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.
 
Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini
-kosmo-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...