Friday, August 19, 2011

TIP UNTUK MENJADI JUARA


Go to fullsize imageRESEPI UNTUK MENJADI JUARA

Dalamerlumbaan larian jarak menengah atau lari marathon, seorang atlit akan memulai larian dengan kecepatan sederhana, tidak cepat juga tidak lambat. Ia akan menjaga kestabilan larianya sehingga tetap berada di depan tanpa harus kehabisan tenaga. Apabila memasuki tahap terakhir, ia akan berlari pantas sehingga boleh mencapai garis penamat paling awal. Ia tidak akan berlari pantas di tahap awal dan pertengahan perlumbaan. Sebab, tindakan itu akan membazir tenaga sehingga menyebabkan kelelahan dan lambat sampai ke garis penamat.
Bulan Ramadhan ialah bulan perlumbaan, iaitu musabaqah fil khairat. Bulan suci yang penuh berkah ini menawarkan banyak cabang amal kebajikan; solat lima waktu secara berjama’ah di masjid, puasa Ramadhan, solat tarawih dan witir, tadarus Al-Qur’an, sedekah sunah, silaturahmi, thalabul ilmi, dakwah, umrah Ramadhan, i’tikaf, dan lain-lain .Setiap muslim boleh mengikuti sebanyak mungkin cabang perlumbaan amal kebajikan, selagi  ia memenuhi syarat-syaratnya dan mampu melakukannya.
Dari segi kuantiti, setiap muslim dituntut untuk berlumba  sesama muslim untuk mengikuti sebanyak mungkin cabang amal kebajikan. Adapun dari segi kualiti, setiap muslim mesti berlumba sesama muslim yang lain agar amalnya paling ikhlas dan paling sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Selama satu bulan penuh, setiap muslim dituntut untuk menampilkan prestasi terbaiknya. Tidak ada istilah menyerah, mengalah, terlalu lelah, dan bosan. Setiap muslim diwajibkan menggapai garis penamat dengan husnul khatimah.
Secara teori, boleh jadi sebahagian besar kita telah mengetahuinya. Hanya bagaimana dengan amalannya? Dalam hal ini, mau tidak mau kita harus mengakui masih jauh panggang dari api. Amalan kita masih sering bertolak belakang dengan teori yang sudah kita ketahui. Kita  berlari terlalu pantas di awal Ramadhan ibarat seorang pelari pecut. Bila di pertengahan Ramadhan kita kelelahan atau kehabisan tenaga. Dan di akhir Ramadhan, kita bahkan tidak ingat lagi dengan perlumbaan. Kita disibukkan dengan urusan balik kampung, pakaian baru, aneka makanan untuk idul fitri, dan lain sebagainya. Entahlah, apakah kita masih boleh disebut menggapai garis penamat? Yang jelas, kita tidak naik ke podium sebagai seorang juara.
Rasulullah SAW sejak pertama kali disyariatkan puasa Ramadhan telah memberi tauladan bagaimana cara memaksimakan bulan yang penuh berkah ini. Pada sepuluh hari terakhir, beliau SAW ‘berlari’ begitu hebat. Seluruh waktu, fikiran, dan tenaganya dikonsentrasikan untuk menggapai garis penamat  yang terbaik. Beliau SAW meninggalkan seluruh urusan yang tidak ada kaitannya dengan ibadah. Beliau secara keseluruhannya bertaqarrub kepada Allah SWT. Semua bentuk ibadah ditingkatkan, baik secara kualiti maupun kuantiti. Semua itu demi meraih 'title' juara, iaitu takwa di sisi Rabb SWT.

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأَوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ ، أحْيَا اللَّيْلَ ، وَأيْقَظَ أهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ المِئزَرَ

Dari Aisyah RA ia berkata: “Jika telah masuk sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan, maka Rasulullah SAW menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dalam ibadah, dan mengencangkan sarungnya.” (HR. Bukhari)

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كَانَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ في رَمَضَانَ مَا لاَ يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ ، وَفِي العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْهُ مَا لا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ

Dari Aisyah RA ia berkata: “Kebiasaan Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan Ramadhan melebihi ibadah beliau dalam bulan-bulan lainnya. Dan beliau juga bersungguh-sungguh ibadah dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan melebihi kesungguhan ibadah pada hari-hari Ramadhan yang lain.” (HR. Muslim )

Kesungguhan ibadah Nabi SAW dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan melebihi kesungguhan ibadah beliau pada dua puluh hari pertama Ramadhan. Aktiviti ibadah beliau digambarkan oleh hadits di atas adalah
  1. Menghidupkan malamnya, iaitu mempergunakan seluruh atau sebahagian besar waktu malam untuk ibadah. Terutama sekali adalah melakukan solat tarawih dan witir serta membaca Al-Qur’an. Pada malam selain Ramadhan, sahabat Hudzaifah bin Yaman RA pernah bermakmum solat malam dengan Rasulullah SAW. Dalam satu raka’at solat malam tersebut, beliau SAW membaca tiga surah sekaligus; Al-Baqarah, An-Nisa’, dan Ali Imran. Artinya, dalam satu raka’at beliau SAW membaca 5 juz lebih (HR. Muslim )
  2. Sahabat Ibnu Mas’ud pernah bermakmum solat malam kepada Rasulullah SAW di luar bulan Ramadhan. Begitu lama dan panjangnya solat beliau SAW, sampai-sampai Ibnu Mas’ud berniat duduk dan meninggalkan Rasulullah SAW solat sendirian (HR. Bukhari  dan Muslim ). Demikian kesungguhan solat malam (tahajud dan witir) beliau SAW di luar Ramadhan. Maka bagaimana lagi dengan kesungguhan solat tarawih dan witir beliau SAW di bulan Ramadhan? Apatah lagi dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan?
  3. Membangunkan keluarganya, iaitu membangunkan isteri-isteri beliau SAW untuk melakukan solat tarawih dan witir. Di luar bulan Ramadhan, beliau SAW biasanya membangunkan isterinya ‘hanya’ untuk solat witir sebelum waktu Shubuh, seperti yang biasa beliau lakukan terhadap Aisyah RA (HR. Bukhari dan Muslim )  
  4. Bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tentunya solat tarawih dan witirnya lebih lama, bacaan Al-Qur’annya lebih banyak, zikir dan istighfar diperbanyak, muhasabah diri lebih banyak. Dan seterusnya.
  5. Mengencangkan sarungnya. Mengenai maksud dari ‘mengencangkan sarungnya’, imam An-Nawawi menyebutkan beberapa pendapat ulama. Sebahagian ulama menyebutkan maknanya adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah melebihi kesungguhan ibadah pada waktu-waktu yang lain. Sebahagian ulama pula menjelaskan maksudnya adalah mencurahkan tenaga dan konsentrasi untuk beribadah semata-mata. Sebahagian lainnya pula menyatakan hal itu adalah bahasa kiasan atas sikap tidak menggauli isteri (pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan) agar dapat menumpukan dalam ibadah. (Shahih Muslim bi-Syarh An-Nawawi, dan Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, )
Kesungguhan ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ini memiliki banyak hikmah. Salah satunya adalah boleh melakukan I’tikaf dan mencari lailatul qadar. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits berikut,
وعن عائشة رضي الله عنها ، قالت : كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ في العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، ويقول : (( تَحرَّوا لَيْلَةَ القَدْرِ في العَشْرِ الأواخرِ منْ رَمَضانَ ))

Dari Aisyah RA ia berkata: “Rasulullah SAW senantiasa beri’tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda, “Bersungguh-sungguhlah kalian mencari lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari  dan Muslim )
Di antara hikmah lainnya adalah bersungguh-sungguh memanfaatkan waktu ibadah yang istimewa, sebelum bulan istimewa ini  berlalu. Dengan demikian, ibadah di bulan suci ini boleh diakhiri dengan husnul khatimah. Bagaimanapun juga, seorang juara ditentukan di garis penamatnya. Sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW,
وَإِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
Sesungguhnya amal-amal itu tergantung bagaimana dengan penutupannya (bagaimana ia diakhiri).” (HR. Bukhari)
Wahai sekalian muslim...
Kita belum terlambat. Perlumbaan sesungguhnya akan kembali dimulai. Bersiaplah…ambil kedudukan semestinya…larilah sekencang-kencangnya…tataplah reben garis penamat…bertekadlah menjadi ‘juara’ agar Allah SWT menyerahkan trofi ‘takwa’ kepada kita semua. Amien.
Wallahu a’lam bish-shawab.

#Diedit dan diolah semula dari arrahmah.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...