Friday, August 5, 2011

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6j1fIR9NOhisAJX5RjPnOYhANeoRHM1T-0oX-LiubyqR8CzPhirfujEzVsHwNXAmHgiby7iay2hwF4i_Wh2yPdBGgL0Ugbp4X-mUq2jRkhyphenhyphenMSH94O6qOwjJjLpF02WMi1QDXpcpV_uyJj/s1600/TG+3.jpg
Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi. Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.
Witr2.jpg
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

Witr1.jpg
"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
  • Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
  • Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Zikir Selepas Solat Witir
ZikirsolatWitir.jpg

Doa Solat Witir
DoasolatWitir.jpg
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...