HAKIKAT PUASA RAMADHAN
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. (QS. al-Baqarah ayat 183). Pertanyaan yang paling banyak diajukan khususnya yang berkaitan tentang puasa adalah pergeseran semangat dalam beribadah. Biasanya pada awal-awal bulan Ramadhan masjid-masjid penuh sesak dan bahkan sampai melimpah. Adapun tujuan yang selalu dikemukakan adalah untuk mengikuti solat tarawih. Malangnya, semangat ini tidak bertahan lama dan semakin ke hujung Ramadhan maka semakin kurang jumlah orang-orang yang datang ke masjid. Hal ini demikian menggambarkan tentang cepatnya rasa jemu dalam mengabdikan diri kepada Allah kerana hanya tergiur dengan janji-janji Tuhan, padahal janji tersebut tidak datang dengan sendirinya kecuali dengan memenuhi syarat terlebih dahulu. Di dalam Alquran dengan tegas disebutkan "sempurnakanlah janjimu kepada-Ku dan setelah itu akan Kusempurnakan pula janji-Ku kepadamu". Penyataan ini menunjukkan bahawa janji yang dikemukakan oleh Allah tidak akan turun dengan sendirinya kecuali jika manusia memenuhi janjinya terlebih dahulu. Salah satu janji Tuhan adalah mengabulkan doa orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa. Janji ini tidak berlaku secara otomatis kecuali jika manusia memenuhi janjinya terlebih dahulu, iaitu menjadikan dirinya sebagai orang-orang yang memiliki iman. Jika janji ini telah dipenuhi oleh manusia maka secara otomatis pula Allah akan memenuhi janji-Nya. Perlu kita ketahui bahawa Allah hanya mengajak orang-orang yang beriman (allazina amanu) untuk mengerjakan ibadah puasa. Ajakan yang secara khusus ini menunjukkan bahawa hakikat puasa hanya dapat ditangkap oleh orang-orang yang beriman. Oleh kerana itu, panggilan yang ditujukan kepada kelompok tertentu ini dapat difahami sebagai prasyarat untuk mendapatkan tujuan puasa iaitu taqwa. Adapun orang-orang yang tidak beriman tidak diajak oleh Tuhan mengerjakan puasa kerana mereka tidak akan mampu menangkap hakikat puasa. Hal ini demikian sudah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam salah satu makna haditsnya iaitu "berapa banyak orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa tetapi tidak mendapatkan nilai apa-apa kecuali hanya sekadar lapar dan haus sahaja". Salah satu pengukur tentang keberadaan iman ini dapat dilihat dari sikap (respon) ketika menghadapi datangnya Ramadhan. Bila puasa tahun ini jatuh pada tanggal 1 Ogos maka orang-orang yang beriman merasakan bahawa tarikh tersebut terlalu lama. Sekiranya boleh ditawar maka mereka menginginkan lebih cepat dari tarikh tersebut kerana mereka sudah lama sekali merindukan kehadiran bulan Ramadhan.Sebaliknya berbeza halnya dengan orang-orang yang tidak beriman di mana tarikh tersebut terlalu cepat datangnya. Sekiranya boleh ditawar maka mereka ingin agar tarikh tersebut ditangguhkan kerana merasakan bahawa puasa Ramadhan pada tahun yang lalu belum hilang keletihannya dan tiba-tiba sudah datang bulan Ramadhan tahun ini. Kedua sikap yang sangat kontras ini sudah pasti dipengaruhi oleh nilai-nilai iman yang terdapat di dalam hati. Orang-orang yang beriman menganggap bahawa puasa adalah suatu keperluan bagi mereka, sedangkan orang-orang yang tidak beriman, mereka menganggap bahawa puasa adalah merupakan beban yang seharusnya dihindarkan. Oleh kerana itu, tepat sekali jika Allah hanya mengajak orang-orang yang beriman sahaja untuk melakukan ibadat puasa. Fokus ajakan Allah kepada orang-orang yang beriman untuk mengerjakan ibadat puasa dapat difahami dari dua tahap. Pertama, tingkat iman (allazina amanu) harus dicari oleh manusia dengan cara membersihkan dirinya dari berbagai macam dosa dan kesalahan. Pada tahap ini, manusia harus berupaya secara maksima untuk memperoleh darjah iman. Oleh kerana itu, upaya untuk mendapatkannya harus dilakukan sebelum masuk bulan Ramadhan. Kedua, dapat difahami sebagai anugerah dari Allah yang diberikan-Nya kepada orang-orang yang ikut mengambil bahagian dari puasa Ramadhan. Dengan kata lain, siapa sahaja yang bertekad untuk mengikuti puasa Ramadhan maka secara automatis Allah memberikan sertifikat iman kepadanya. Oleh kerana itu, sertifikat iman ini harus dijaga dengan baik agar mendapatkan puasa yang berkualiti. Iman dalam hal ini tidak hanya sebatas menghafal bahwa Allah itu ada demikian juga malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan hari kemudian. Akan tetapi yang dimaksud dengan iman disini adalah pensucian diri dari berbagai macam dosa dan kesalahan supaya dapat mendekati Allah kerana pada bulan Ramadhan Allah turun mendekati manusia. Pendekatan yang dilakukan oleh Allah ini akan memberikan kontribusi bagi orang-orang yang beriman sehingga segala perintahNya (termasuk puasa Ramadhan) dirasakan sebagai keperluan. Berbeza dengan orang-orang yang tidak beriman, maka pendekatan yang dilakukan Allah tidak akan memberikan kontribusi kepada mereka sehingga setiap perintah Allah selalu mereka anggap sebagai suatu beban yang menyusahkan. Ketika iman dijadikan oleh Allah sebagai prasyarat, maka janji-janji yang disebutkan-Nya pada bulan puasa Ramadhan hanya dapat perolehi jika prasyarat ini sudah dipenuhi dengan baik dan benar. Adapun salah satu janji yang dikemukakan oleh Allah adalah memperkenankan segala doa pada bulan Ramadhan, demikian juga melipatgandakan pahala amal ibadah dan "bonus" pahala pada malam lailatul qadar. Sekiranya janji-janji Tuhan ini belum diperolehi oleh orang-orang yang melakukan ibadah puasa bererti prasyarat yang ditetapkan oleh Tuhan belum terpenuhi dengan baik. Dengan demikian, yang paling penting difikirkan oleh manusia sebelum kehadiran bulan puasa Ramadhan berakhir adalah memenuhi prasyarat yang ditetapkan oleh Allah bukan dengan melakukan hal-hal yang hanya bersifat tradisi. |
No comments:
Post a Comment