Seluruh isi alam menangisi akan pemergianmu wahai Ramadhan . Seluruh alam ketika ini sedang bersedih … bukit, bukau, gunung ganang, ikan di laut dan sungai, tumbuh-tumbuhan dan segala binatang dan juga hidupan di atas muka bumi ini………..hanya, ya hanya….hanya mungkin kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana akan mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.
Kegembiraan menyambut Syawal lebih daripada kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan.
Menangisi kerana ditinggalkan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan…dalam Ramadhan, segala Doa tidak ditolak, Segala dosa diampunkan, diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari Azab Api Neraka. Tiada suatu bulan pun yang setaraf denganmu wahai Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan. Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan ibadat Umat Nabi Musa dan umat-umat terdahulu yang usianya mereka ribuan tahun dipenuhi amalan ibadat.
Wahai sahabat sekalian….Ramadhan cuma tinggal beberapa hari lagi…masih ada waktu lagi, ayuhlah, mari kita berhabis-habisan mengejar, mengaut keberkatan. Menangislah kita di malam hari di hadapan Allah. Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu bapa kita baik yang masih hidup mahupun yang telah pun pergi meninggalkan kita...
Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kepada kita ... Di manakah kita pada waktu yang cukup kritikal ini...di manakah dan bagaimanakahkeberadaan kita saat Ramadhan sudah mahu melangkah pergi…??? Ya Allah, ...
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Apakah akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang ??? Mungkin ya, mungkin tidak. Seandainya kita ketemu lagi, usia ku sudah lanjut, tidak segagah, tidak sehebat, sekudrat tahun ini...Oleh itu, ampunilah seluruh dosa ku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, ibu bapaku, muslim dan muslimat, mukminim dan mukminat...
********///\\\******
Peringatan ini untuk diriku sebenarnya… dan juga buat anak-anakku membacanya bila mereka sudah mengerti dan bila aku dan ibunya sudah tiada lagi…. Jika baik, jadikan teladan dan jika bermanfaat ambillah jadi amalan.
No comments:
Post a Comment