Pahitnya Dunia kerana Manisnya Syurga Tuhan
Seorang ahli sufi berkata "Adakalanya kesalahan menjadikan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. oleh kerana itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda tentuya berkat bantuan orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda "Seutama utama perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya sebab itu tidak di terimanya".
Ulama' mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman, buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Istimewa jiwa pengasih Rasulullah s.a.w. bersabda "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai Rasulullah s.a.w. bersabda "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda "Jagalah dirimu dari api neraka meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu ibarat perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian),modalnya taqwa sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya dari syahwat, Rasulullah s.a.w. bersabda "Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih, seorang ulamak berkata "Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki, kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya, Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi, niscaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga, Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon di mana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum dapat melepasinya".
Seorang soleh berkata "Barangsiapa tidak ada ilmu dan barang siapa tidak ada agama dan barang siapa tidak ada sifat wara' bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh, Rasulullah s.a.w. bersabda "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang, Rasulullah s.a.w. bersabda "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika ana ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran, Nabi s.a.w. bersabda "Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa solat malam, Nabi s.a.w. bersabda "Biasakanlah solat malam sebab ia kebiasaan orang solihin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak, seorang soleh mengingatkan "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia, padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman, seorang ulama' berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik, seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab "Memberikan makanan, mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal maupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar, seorang ulama' berkata "Muda akan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan akan lemah, tua akan datang, kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku, Rasulullah bersabda "Ada empat perkara yang membawa celaka iaitu mata yang beku{tak sudi mengeluarkan air mata) kesat hati, panjang angan angan dan tergoda oleh dunia".
Jika engkau maukan kemesraan, seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri, tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubungan dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan banyak bicara, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir Islam "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air, tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.. artinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku, seorang ulama berkata "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman, orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara, seorang ulama berkata "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa, hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam, Nabi s.a.w. bersabda "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih,Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi, saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.
Kata kata hikmah "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah di mana pun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat-ubatan, satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.
"Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih aktif"
"Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain"
"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".
Kesabaran ada dua macam, Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.
Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan, tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.
Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.
Kesusahan dalam hidup ini umpama musim dingin, basah dan lembab tidak
disukai oleh manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula, bunga bunga yang harum dan buah yang subur.
Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain, bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.
Curahkan sedikit kebaikan dan pasti kita akan merasakan nikmatnya.
Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesunyian, kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesyukuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
==Puncak kebahagiaan ialah syurga kehidupan, berakhirnya sebuah pencarian ==
No comments:
Post a Comment