Wednesday, November 30, 2011

Gaji SBPA 2012.




Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.
PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?
sumber:

Tuesday, November 29, 2011

Menarik!: Kenapa perlu Android untuk Blogger atau Hantu Twitter

http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=1362783636217&id=d55b99305923b53debc3dad69caaba39
Anda hantu internet? Twitter dan Facebook? Anda memiliki blog dan sering melayari blog-blog yang anda anggap penting dalam hidup anda? Posting  ini  tentang kehebatan Android.
Barangkali anda semua tahu yang kini penjualan PC seluruh dunia merudum angkara penjualan Laptop dan Notebook yang semakin murah. Bahkan pakar meramalkan yang Laptop tidak lagi relevan untuk pengguna biasa menjelang 2016 kerana  tablet yang bersepah di pasaran serta semakin murah. Fungsi dan peranan smartphone juga tidak boleh di pandang enteng.

Blog: Memang leceh untuk kita buka satu-persatu blog dan menjadi masalah kalau purata blog yang kita kunjungi melebihi 100 biji sehari. Terutamanya blog politik. Tahukah anda yang kita kini boleh menggunakan Googgle Reader dan dengan Android perkara sync itu dapat kita lakukan dengan mudah. Blog yang bersepah dengan iklan boleh kita hindarkan dengan mudah, sangat ringan dan pantas dan semestinya menjimatkan masa dan yang paling penting anda tidak akan tertinggal walau satu pun artikel. Banyak apps percuma yang boleh didapati di Market Apps Android dan boleh kita muat turun untuk digunakan. Antaranya GReader dan NewsRob. Gua biasa menggunakan NewsRob sebab antaramukanya yang simple dan pantas.
Dengan aplikasi Reader ini juga boleh kita kongsikan link dengan rakan-rakan melalui Google+, Facebook, Email dan Twitter. Lebih celaka lagi jika anda muat turun aplikasi ReadItLater, artikel blog tersebut boleh diemailkan pada sesapa sahaja yang berada dalam contact list anda. Memang jahat sungguh. Hanya dengan 2 atau 3 klik sahaja tugas anda selesai. Copy Paste langsung tidak di gunakan untuk task ini.
Bagi aplikasi blogger pula gua menggunakan Bloggeroid dan BlogIt. Dengan BlogIt, anda bahkan boleh set label untuk entry anda.  Manakala Bloggeroid pula kerana antara mukanya yang simple, upload gambar sekali banyak dan support multiblog maka ia adalah pilihan gua.

Facebook: Andai anda pernah menggunakan aplikasi facebook Android yang bernama Friendcaster maka anda boleh upload gambar secara banyak-banyak serta set album mana yang anda ingin gunakan. Dengan friencaster juga ada boleh melihat siapa yang like status anda atau orang lain di timeline tanpa perlu anda membuka browser yang ada dalam smartphone.
Aplikasi Friendcaster ini anda boleh set Favorate Groups dan page yang anda Join dan Like. Nak padam status yang dah di post pun boleh. Friendcaster ini boleh di dapati di market secara percuma atau versi berbayar. Terpulang pada andalah untuk pilih yang mana menjadi pilihan.
Dengan Friendcaster juga anda boleh share status orang, copy dan paste status orang untuk anda sebarkan di twitter atau email… dan banyak lagilah.

Twitter:  Jika tidak menggunakan aplikasi natif Android kerana ada aplikasi yang lebih handal dari yang standard. Hootsuite misalnya. Ia boleh di dapati secara percuma di market dan membenarkan anda set schedule bagi status anda. Set Masa untuk post status anda andainya berlambak-lambak idea datang dan mengepostnya secara pukal membuatkan orang benci dengan spam yang anda lakukan. Ini boleh bikin followers anda naik angin. Dengan auto shorten link, plus anda boleh sekalikan update untuk akaun facebook anda dengan 1 aplikasi yang percuma, ini adalah sangat mudah berbanding dari menggunakan komputer. Sangat gila dan pantas bukan?. Sila ingat HootSuite dan anda bahagia menggunakannya.
Untuk Google+ pulak, developer Hootsuite sedang menunggu API yang mungkin akan dilepaskan oleh pihak Google. Andai ini terjadi, perghhh la jawapannya. Dan buat sekarang ini gunakan sahaja aplikasi Google+ yang disediakan oleh pihak Google yang anda boleh dapati secara percuma di Market.
Android yang berada di pasaran kini pun sudah sangat murah. Setakat 1Ghz CPU pun ada dah yang bawah 1k. Kenapa 1Ghz? Kerana ia sudah memadai bagi anda untuk mengelakkan lagging dan task anda di lakukan dengan cepat dan sempurna.

 ~sumber dr. tripod rm55

16 Korban Jambatan Runtuh di Tenggarong, Indonesia.

TENGGARONG - Dari Isnin (28/11/2011), telah diketemukan 16 mayat yang terkorban akibat runtuhnya jambatan Tenggarong, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia  Selasa (29/11/2011).Korban ditemukan di Sungai Mahakam. Ada yang tersepit di runtuhan jembatan dan ada yang terseret arus air sungai hingga sejauh 10 kilometer.
    Jambatan tersebut baru berusia 10 tahun dan direka normal untuk kegunaan 40-50 tahun. Jambatan di Tanggarong ini panjangnya 710 meter dibina sejak 1995-1996 dan baru siap sepenuhnya pada 2001.
http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/A7DkDlrZ4P1qf_pinCu3Mg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNzA7cT04NTt3PTQzNg--/http://media.zenfs.com/id_ID/News/Tribune_News/20111126_Jembatan_Tenggarong.jpg
http://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/ArDCucPDUwzxor5dYRB0Fw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNzA7cT04NTt3PTQzNg--/http://media.zenfs.com/id_ID/News/Tribune_News/20111126_Runtuhnya_Jembatan_Kutai_Kartanegra.jpghttp://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/cjR6Z7flEG5hPsN6Uxs_Qw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNjA7cT04NTt3PTM2MA--/http://media.zenfs.com/id-ID/News/republika/jembatan-kukar-ambruk-_111126200654-667.jpg
http://l2.yimg.com/bt/api/res/1.2/YhGJ3xBzcYJL4dRpJppdXw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNjg7cT04NTt3PTQwMA--/http://media.zenfs.com/id-ID/News/antara/20111128223013-jembatanambruk.jpghttp://l2.yimg.com/bt/api/res/1.2/5Gs9EmjxCMg_xWkgtVSp4A--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNDY7cT04NTt3PTYzMA--/http://media.zenfs.com/en_us/News/Reuters/2011-11-27T061648Z_1967761316_GM1E7BR13RO01_RTRMADP_3_INDONESIA.JPGhttp://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/iThOxuXHBCneRypCHMXhZQ--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00MjE7cT04NTt3PTYzMA--/http://media.zenfs.com/en_us/News/ap_webfeeds/4ade74dc90f7961aff0e6a7067004a58.jpg
sumber:yahoo indonesia

Monday, November 28, 2011

INI HELI TERJAHANAM...

NewZealand helicopter crash
New footage of the helicopter crash in New Zealand. The helicopter was assisting in putting up Christmas decorations.

MENJAHANAMKAN BUS DALAM MASA 40 SAAT.

Destruction of an old bus in 40 second,this is how they get rid of old buses in Colombia.
By law, all buses that have been in service for over 20 years have to be sent to the junkyard.

Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru :1 Muharram 1433H

Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram 1433H
Muharram merupakan tahun baru di kalender Hijriyah. Berawal dari Bulan yang tiba-tiba menghentak batin kita untuk segera mengenang peristiwa besar dalam sejarah, yaitu peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW. dari kota Makkah menuju kota Madinah. Setiap awal tahun hijriyah seperti ini kita seharusnya sebagai umat Islam segera membangun semangat baru untuk meningkatkan ketakwaan dalam diri kita. Meningkatkan ketaatan kepada Allah.

Hijrah menuju ketaatan dan ketakwaan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Merayakan tahun baru Islam sebaiknya diisi dengan kegiatan-kegiatan yang Islami.

Ada beberapa
cara yang kiranya perlu dilakukan dalam menyambut kedatangan tahun hijriyah di antaranya:
  1. Niat yang ikhlas mengharapkan keridaan Allah SWT semata;
  2. Mengucapkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dilimpahkan-Nya, nikmat kesehatan dan rezeki, serta bersalawat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat, dan pengikut beliau. Pada tahun baru ini, kita mensyukuri seluruh nikmat dan karunia yang telah diberikan Allah di tahun sebelumnya agar nikmat tersebut bertambah dan tidak dicabut-Nya.
  3. Membaca doa, berharap dan bermohon kepada Allah SWT agar meridai dan menerima amalan-amalan yang dilakukan sebagai ibadah yang makbul, tetap menjadi pengikut Rasullah SAW yang setia hingga akhir hayat, serta tidak kembali keharibaan-Nya kecuali dalam keadaan berserah diri kepada-Nya, sebagaimana yang diperintahkan-Nya kepada kita: “Dan janganlah kamu mati, kecuali dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran 102).
  4. Banyak bertafakur untuk bermuhasabah dengan bertambahnya usia yang berarti berkurang kesempatan berkreasi mengisi kehidupan dunia.
  5. Memanfaatkan kehidupan dunia dengan sebaik-baiknya sebagai hamba yang mengabdi kepada Allah  dengan sebenar-benarya mengabdi .
  6. Mempersiapkan diri dengan bekal takwa sebagai sebaik-baiknya persiapan dan bekal.
  7. Memelihara dan menjaga diri dari perbuatan syirik, bid’ah, maksiat, dan perbuatan dosa lainnya.
  8. Menghindari pesta  yang menyalahi ajaran Islam.
  9. Meningkatkan, menganjurkan bersedekah. 
CERITA LAWAK: NAK PINJAM $5000, CAGAR KERETA  FERRARI


Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.

Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?"

Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, "Ini kunci dan dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank."

Setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750,000. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu dan menyimpan Ferrari di dalam garaj.

Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, "Nah $5000, dan ini bunga $15.41." Pegawai bank dan presiden tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "Kami gembira dapat membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil Tuan. Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?"

Lelaki India itu ketawa terbahak-bahak, "Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ini hanya dengan $15.41?"

Inilah kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya, jelmaan Tony Fernandez di India. Beliau adalah tauke arak Kingfisher (United Breweries Group) dan syarikat penerbangan Kingfisher Airlines. Pemilik bersama pasukan F1 Force India dan pasukan liga India, Bangalore Royal Challengers, dan East Bengal FC.

Saturday, November 26, 2011

Mugabe: PM Britain Penyembah Syaitan

 

Zimbabwe—Kerana mengkaitkan penerimaan bantuan Britain harus memberi dukungan terhadap hak-hak kaum gay, Presiden Zimbabwe Robert Mugabe mengkritik  Perdana Menteri Britain David Cameron sebagai penyembah syaitan. Kritikan Mugabe lantas menjadi perbahasan dalam media, khamis (24/11/2011).

"Menjadi semakin buruk jika berhubungan dengan syaitan sewaktu seorang perdana menteri seperti Cameron mengatakan bahawa negara-negara yang inginkan bantuan Britain harus menghormati homoseksual," jelas Mugabe, seperti disiarkan surat kabar milik kerajaan Zimbabwe, Herald.

Pemimpin berusia 87 tahun itu mengatakan bahawa himbauan Britain di hari terakhir pertemuan persemakmuran Oktober lalu itu merupakan saranan yang tidak masuk akal. Ketika itu, Cameron menghimbau seluruh negara yang selama ini menerima bantuan dari Britain untuk menjunjung tinggi persamaan hak, termasuk, hak-hak kaum gay dan lesbian. Zimbabwe tidak pernah memberikan tempat bagi kaum homoseksual.

"Jangan pernah tergoda ke arah sana (homoseksualitas), wahai seluruh kaum muda. Jika kamu  terpengaruh, kami tidak akan segan untuk memberikan hukuman berat kepada kamu semua," tegasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa homoseksual bertentangan dengan kudrat alam. Oleh itu, Mugabe menyebut kaum homoseksual sebagai kelompok yang lebih rendah dari binatang.

Dalam ceramah yang disampaikan di Kota Shurugwi, sekitar 300 kilometer di selatan ibu kota, tersebut, beliau menegaskan bahawa Zimbabwe bukanlah negara yang mudah diarah-arah. Oleh itu, beliau akan melanjutkan prinsip kepemimpinannya yang berlainan dengan Britain. Sejak kebelakangan ini, Mugabe memang meningkatkan retorik anti-Baratnya untuk meningkatkan populariti menjelang pemilihan tahun depan.*


~sumber:hidayatullah.com

Friday, November 25, 2011

Rakyat Myanmar Kini Boleh Berdemontrasi.

Foto : Presiden Myanmar Thein Sein (guardian)
Foto : Presiden Myanmar Thein Sein (guardian)
YANGON - Parlimen Myanmar mencabut larangan demonstrasi damai bagi rakyatnya. Langkah ini merupakan salah satu bentuk perkembangan demokratisasi di negara yang  dipimpin oleh junta tentera tersebut.

Rang undang-undang (RUU) baru akan segera ditandatangani  Presiden Thein Sein dan berubah menjadi undang-undang. Melalui undang-undang baru itu, rakyat Myanmar diboleh melakukan demontrasi dengan damai. Demikian seperti diberitakan AFP, Kamis (24/11/2011).

Para demonstran dibolehkan untuk membawa bendera dan simbol-simbol partai lainnya. Namun,  tidak boleh berdemo  dekat pejabat Kerajaan Myanmar, sekolah, hospital, dan pejabat kedutaan besar.

~sumber:okezone
Bertahan di tengah ketidak-pastian...-Berlindung dari pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan. 
Foto terbaik karya Maman Sukirman Indonesia.

http://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/iv2jjtPvoEiO6lwJMA7qDg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00MjA7cT04NTt3PTYzMA--/http://media.zenfs.com/246/2011/07/22/Maman-Sukirman-Berlindung-Dari-Bentrokan_094707.jpgsumber: id. yahoo.

Thursday, November 24, 2011

Mangsa Banjir di Kelantan Bertambah

KOTA BHARU 24 Nov. – Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan.
Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Bharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah).
Sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat.
Cuaca pada sebelah pagi dilaporkan mendung. – Bernama

LEE CHONG WEI AT THE CHINA OPEN.

Lee Chong Wei of Malaysia hits a return against Kenichi Tago of Japan in their men's singles match at the China Open badminton tournament in Shanghai November 24, 2011. REUTERS/

Lee of Malaysia hits a return against Tago of Japan in their men's singles match at the China Open badminton tournament in Shanghai

Lee of Malaysia hits a return against Tago of Japan in their men's singles match at the China Open badminton tournament in Shanghai
Solat Jenazah
http://2.bp.blogspot.com/_zBzSd2d_WsA/TSLOo5DeXBI/AAAAAAAABEI/lVVU1PAVv5o/s1600/p41800341.jpg
 
Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah



“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

PIALA EROPAH 2012.

16 BUAH NEGARA YANG LAYAK KE PIALA EROPAH 2012 

Presiden Yaman Sah Akhiri Kekuasaannya.

Foto : Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh (reuters)
Foto : Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh (reuters)
SANAA - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh yang sudah berkuasa selama 33 tahun secara sah melepas jawatannya setelah menandatangani perjanjian peralihan kekuasaan di Arab Saudi.
Presiden Saleh merupakan presiden ke empat dari negeri Arab yang mengundurkan diri akibat  demonstrasi besar-besaran. Saleh  duduk di sebelah Raja Abdullah dan menandatangani perjanjian peralihan kekuasaan yang diadakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Kerja Sama Teluk (GCC).

Melalui dari perjanjian ini, Presiden Saleh menyerahkan kekuasaan kepada wakilnya Abd Rabbo Mansour Hadi selama 30 hari. Setelah itu, pemilihan umum akan diadakan di Yaman.

"Ketidaksefahaman masyarakat yang sudah berlangsung 10 bulan memberi dampak yang cukup besar kepada pembangunan, politik, dan juga budaya. Hal ini juga menjadi ancaman bagi persatuan nasional dan kehancuran," ujar Presiden Saleh, seperti diambil dari Associated Press, Khamis (24/11/2011).

Demonstrasi anti-pemerintahan yang berlaku di Yaman juga mengorbankan banyak jiwa. Sementara itu pula Yaman mengalami krisis besar-besaran. Presiden Saleh juga sempat menjadi mangsa serangan bom dan harus dirawat di Arab Saudi dalam jangka waktu yang lama.

Militan Al Qaeda pun memanfaatkan krisis di Yaman untuk melancarkan serangan-serangannya di pelbagai wilayah.

Pasca turunnya Saleh, Yaman harus memilih seseorang yang sanggup untuk menghadapi tantangan yang berat ,yaitu, krisis ekonomi dan juga ancaman dari  Al Qaeda.
http://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/E_iomCwiLbV8oycMfHr9wA--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00MTk7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/246/2011/09/28/beetle-8-130811_090955.jpghttp://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/ww_jTBipAwrBOPAOjc_CDA--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00MTk7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/246/2011/09/28/beetle-4-130754_090939.jpgsumber dr. yahoo.uk

Wednesday, November 23, 2011

MESIR : DEMONTRASI TERUS BERLAKU.

Tentera Mesir Gagal Memujuk Penunjuk Perasaan.

Militer Mesir Gagal Bujuk Demonstran

Kaherah: Majlis Tertinggi Tentera Mesir berjanji untuk mengadakan pemilihan presiden pada Jun tahun hadapan untuk membuka jalan bagi demokrasi. Namun, penunjuk perasaan terus menyerukan agar pihak tentera segera menyerahkan kuasa.

Seperti diambil dari NHK, Rabu (23/11), banyak warga Mesir mengaku tidak puas hati dengan pemerintahan tentera yang menangani demonstrasi dengan kekerasan sejak minggu lalu. Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban dan lebih dari 2,000 yang lain tercedera selama 4 hari terakhir.
Ketua Majlis Tertinggi Tentera, Mohamed Hussein Tantawi, mengumumkan melalui TV nasional pada Selasa bahawa tentera tidak berniat untuk terus berkuasa. Tantawi juga mengatakan telah menerima pengunduran diri Perdana Menteri Essam Sharaf dan anggota kabinetnya.
Sementara itu, pemilihan parlimen tetap diselenggarakan pada Isnin depan seperti yang  dijadualkan. Ribuan demonstran dilaporkan masih berkumpul di Tahrir Square, di pusat kota Kaherah, untuk menuntut agar tentera menyerahkan kekuasaan. Para demonstran merancang untuk terus mengadakan demonstrasi untuk menyerukan peralihan kekuasaan secepat mungkin.

~sumber dr.

PENYAMARAN YANG SEBENARNYA

Manusia Tembus Cahaya

Manusia Transparan

Ini adalah aksi ‘Manusia Tembus Cahaya’ berasal dari Cina, Liu Bolin. Liu dikenal sebagai seniman  'spesialis camouflage body-painting', yaitu mengecat tubuh untuk penyamaran dengan latar belakang sehingga seolah-olah transparan. Hasil karya-karyanya, Liu dijuluki 'China's Invisible Man'. Karya lukisan yang dihasilkan Liu merupakan hasil pekerjaan panjang yang amat meletihkan.

Manusia Transparan

~sumber:REPUBLIKA.CO.ID

Tuesday, November 22, 2011

KILANG PENJUAL ORGAN MANUSIA.

Seram!!!

Beginilah Kilang Penjual Organ Tubuh Manusia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-ZnWRepFj4z1BYEPzPa9V_glYcC3MW3T2V6ki2s31SHKIKmdPVOudKl-KQCE7a3c76w77HSwgwb9Ej3v_EopGVsI5kaGk0BGLBGt1I1R8g0TaPdhhF5btHeZu3ZPyWDaFqLrbgWjZmIa2/s200/mayat4.jpg



Benar atau tidak, tetapi apa yang jelas para pekerja di kilang ini harus memiliki mental yang kuat. Setiap hari mereka berkerja dengan mayat. Mayat manusia tersebut dikumpulkan dari pemandu yang mabuk kemudian terkorban dalam kemalangan kenderaan, orang-orang yang tinggal sendirian tanpa keluarga, tahanan  penjara yang tidak dapat dituntut kematiannya yang kemudian tidak diurus oleh keluarganya.
Beberapa bahagian tubuh dan tulang mayat-mayat ini dijual ke pusat-pusat pengajian tinggi di pelbagai bahagian dunia. Sedangkan tulang kaki diekspot ke farmasi apotek di Ireland dan German untuk membuat tambalan gigi.



 
~Kalu ada mase, jom kita gi buat lawatan sambil belajar...he...hehe.....



GLORA BUNG KARNO




http://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/AKwXO_aT6Ep6CnSOVCYVGw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zNzU7cT04NTt3PTYzMA--/http://media.zenfs.com/en_us/News/afp.com/TRHkg5607418.jpghttp://l2.yimg.com/bt/api/res/1.2/ad67OVbgPqBY7c3JtsM._w--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00Mzc7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/249/2011/11/21/630afp-footballstampede_173041.jpg
http://l2.yimg.com/bt/api/res/1.2/RY3t316Sj_VjkLuZiDXK8Q--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zNzc7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/246/2011/11/21/EvakuasiPenonton221111-2_220628.jpg
http://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/TZGeDbWPp6jA7gTsyJICLg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD02MzA7cT04NTt3PTQ1Mg--/http://media.zenfs.com/en_us/News/Reuters/2011-11-21T173827Z_01_JAK09_RTRIDSP_3_SOCCER.jpg
http://l.yimg.com/bt/api/res/1.2/yyD7E4IO7eNRLH2vAk9bGA--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zNjA7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/249/2011/11/21/victim_173255.jpg

http://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/7PCUzC4lyHv3G2zxnbNrrQ--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zOTI7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/246/2011/11/21/EvakuasiPenonton211111-1_220802.jpg

SYABAS! HARIMAU MALAYA MEMBUAT GARUDA TAK BISA TERBANG.

Jurulatih Malaysia Ungkap Rahsia Kemenangan Atas Garuda Muda

http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/NrQSu5tawrnuvIe2eGrKvw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9ZmlsbDtoPTIyMjtweG9mZj01MDtweW9mZj0wO3E9ODU7dz0yOTY-/http://media.zenfs.com/id-ID/News/republika/malaysia-berhasil-meraih-medali-emas-cabang-sepak-bola-sea-_111122042358-249.JPG
JAKARTA - Malaysia merayakan kemenangan mengatasi pasukan Indonesia dengan penuh gembira. Jurulatih Ong Kim Swee, menyatakan kejayaan mempertahankan  juara SEA Games bukan hal mudah kerana melalui sebuah proses jangka panjang yang dilakukan Persekutuan Bolasepak Malaysia."Kemenangan ini sangat manis kerana ini mereupakan kali yang kedua , ini membuktikan bahawa apa yang diraih Malaysia tidak hanya kebetulan tetapi melalui suatu proses panjang yang dilakukan oleh FAM," kata Ong Kim Swee sewaktu temubual dengan para wartawan selesai perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Kim Swee juga mengata bahawa kekuatan mental para pemainnya yang tegar walaupun mendapat intimidasi kuat dari penyokong fanatik Indonesia."Sebelum tiba di Jakarta kami telah bersedia menerima apapun situasi yang akan terjadi di Indonesia. Kami cukup lega dibantu dengan pemain-pemain yang pernah bermain semasa merebut piala AFF, mereka sangat membantu pemain-pemain muda dan mental mereka sudah terbina dengan sangat bagus," ungkap Kim Swee
http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/jkAa0YJmf7FfxCaid14zjA--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0yNTY7cT04NTt3PTUxMg--/http://media.zenfs.com/id-ID/News/Inilah/1799147.jpg GUGURNYA SEBUAH KEEGOAN YANG KETERLALUAN...BERSEPAILAH SATU HARAPAN... PENGAJARAN BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH SANGAT MEMBENCI MEREKA YANG TERLALU EGOIS.
Dua Penyokong Pasukan Indonesia Terkorban Terpijak
http://l1.yimg.com/cv/ip/ap/default/111121/suporter_a_marifkawahyuhidayat_392.jpgJakarta: Dua penyokong pasukan Indonesia terkorban setelah terpijak. Hingga saat ini korban masih berada di kereta  ambulans di kawasan Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Isnin (21/11).
Seorang korban berhasil diidentifikasi bernama Reno, warga Cililitan, Jakarta Timur. Korban diperkirakan berusia 20 tahun. Sementara seorang korban lain belum diketahui identitinya.(ULF)

Monday, November 21, 2011

GARUDA MUDA VS HARIMAU MUDA

 PERLAWANAN BOLASEPAK PALING SERU  TAHUN 2011

Sama ada Malaysia atau Indonesia, satu perlawanan yang cukup mendebar. Indonesia pasti ingin menebus
http://l1.yimg.com/cv/ip/ap/default/111117/indomas_a_yudimahatma_392.jpg
Perlawanan live Indonesia vs Malaysia boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV2 atau boleh juga live streaming Indonesia vs Malaysia melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Indonesia atau online live streaming @ RTM live.
Rekod 2 pertemuan terakhir bola sepak Sea Games berpihak kepada Malaysia tetapi rekod tidak menjamin kecemerlangan sesebuah pasukan.
SEA Games 1991: Indonesia 2-0 Malaysia
SEA Games 1995: Indonesia 3-0 Malaysia
SEA Games 1997: Indonesia 4-0 Malaysia
SEA Games 1999: Malaysia 0-6 Indonesia
SEA Games 2001: Malaysia 2-1 Indonesia
SEA Games 2005: Indonesia 0-1 Malaysia
Barisan pemain Malaysia yang jangkakan akan beraksi pada final Sea Games 2011 : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.

EMAS BOLASEPAK: TUGAS BERAT.

Badrol: Tugas Berat Pertahankan Emas

Pemain Malaysia merayakan gol. Foto: Heru Haryono/Okezone
Pemain Malaysia merayakan gol.
JAKARTA - Sebagai pemain yang membantu Malaysia merebut medali emas SEA Games dua tahun lalu, kapten pasukan Baddrol Bakhtiar mengakui, untuk mempertahankan pingat emas jauh lebih berat ketika memenanginya di Laos.

Pertarungan kali ini, Malaysia tidak hanya berhadapan dengan skuad  Indonesia. Namun, pasukan Harimau Malaya juga harus bersedia menghadapi serangan psikologi yang akan dilakukan penyokong fanatik tuan rumah untuk menjatuhkan mental pemain Malaysia.

Seperti diketahui, Malaysia memang berhasil mengalahkan Indonesia dengan  1-0, dalam pertandingan terakhir babak penyisihan kumpulan  A. Namun, Baddrol mengakui pertemuan kali ini jelas berbeza berbanding pertandingan sebelumnya.

"Final di Jakarta ini memang hebat dan sengit, sudah tentu pengalaman kali ini lebih sukar berbanding apa yang kami lalui di Laos, dua tahun lalu. Pertamanya, kami terpaksa menghadapi ribuan para penyokong tuan rumah," kata Baddrol.

"Indonesia juga sudah pasti akan bermain mati-matian, bukan saja untuk merebut pingat emas. Tetapi, mereka ingin membalaskan kekalahan pada pertandingan penyisihan sebelum ini," sambung pemain 23 tahun itu.

Bagaimanapun tegas Baddrol, mengingat rekan-rekannya berhasil menyerap semua tekanan  tuan rumah pada pertandingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), dia yakin pasukan Malaysia memiliki mental yang kuat untuk menangani situasi seperti ini.

"Biarpun kami akan menghadapi situasi yang berat, janji kami hanya satu, memberikan persembahan terbaik buat negara kami. Kami akan mengambil kesempatan untuk pertahanan Indonesia yang lengah," tegas Baddrol.

"Saya yakin jika semua pemain mengikuti strategi pelatih dan berjalan lancar, kita mampu mempertahan pingat emas," ujarnya sebagaimana dikutip dari UtusanOnline, Senin (21/11/2011).

THE BODY ART ACTIVITIES.

http://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/kqpXxjvf1.E5WoYwjAdpSg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD00MjA7cT04NTt3PTYzMA--/http://media.zenfs.com/en_us/News/ap_webfeeds/04b8bbfb12f3fb1afe0e6a7067000c6d.jpg
A woman covered in body paint …

HEBAT: DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA KEJAYAAN.

Main bola tanpa kaki


LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.

Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius.
Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, “Ia adalah perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa.”

Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.

Tapi dia membesar dengan sokongan daripada kembarnya Sophie dan ahli keluarganya yang lain di Little Calcton, Essex.

Ellie tidak boleh berlari menggunakan kaki palsu standad kerana ia menyakitkan.

Ellie adalah peminat setia Arsenal, terutama pemain Gary Roberts.

Apabila mengetahui kisah Ellie, orang ramai mengadakan kutipan derma untuk membelikan dia sepasang kaki palsu ringan Flex Run Feet yang berharga 10,000 pound (RM50,000) yang dibuat daripada gentian oleh sebuah firma Dorset Orthopaedics di Britain.

Ellie adalah pemakai paling muda kaki palsu itu - dan dia menggunakannya setiap minggu untuk bermain bolah sepak untuk pasukan Sekolah Rendah Engaines.

Lisa, 37, yang membantu orang kurang upaya berkata, “Dia tidak mengalami masalah di padang bola. Dia terus berlari dan bermain.

“Pasukan kegemarannya adalah Arsenal dan dia akan menyaksikan semua perlawanan mereka dengan bapanya.”

Bapanya, Paul, 48, yang bekerja sebagai penjaga berkata, “Dia kelihatan sangat luar biasa bila beraksi di padang.

“Dia memang suka bermain bola dan sangat mahir menggelecek bola.”

H.Metro

Sunday, November 20, 2011

WHAT IS YOUR EXCUSE?

 Alasan Apa Lagi Untuk Tidak Solat?

Apakah Alasan anda ?
 
1.   Ustaz saya tidak boleh kena air.....
~ TAYAMUM!!!
2.   Ustaz saya tidak boleh berdiri.....
~ DUDUK!!!
3.   Ustaz kaki saya tidak boleh lipat.....
~ DUDUK ATAS KERUSI!!!
4.  Ustaz tidak boleh duduk atas kerusi, ada bisul.....
~ BARING dan gunaLAH mulut!!
5.  Ustaz tidak boleh gerakkan mulut....
~ Solat dengan ISYARAT,  guna MATA!!!
6.  Guna mata pun tidak boleh ustaz....
~ Solat guna HATI!!!
7.  Ustaz, kalau masih tidak boleh guna hati....
~ BUNGKUS bawa ke KUBUR!!
 
** So, beringat-ingatlah. Bukan hendak seribu daya, tak hendak bermacam cara...
 
Andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
  • Solat Subuh - Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
  • Solat Zohor - Barang siapa yang meninggalkansolat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
  • Solat Asar - Barang siapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
  • Solat Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
  • Solat Isya' - Barang siapa yang meninggalkan solat Isya',  nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

  • enam perkara di atas dunia

  • tiga perkara sewaktu hendak mati /ketika nazak

  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur

  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan


  • Enam perkara seksaan di atas dunia
    1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya . (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
    2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya. (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
    3. Tiada dipelihara baginya agama Islam. (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik)
    4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
    5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
    6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya.
    Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam(kafir). Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."
     Tiga perkara sewaktu hendak mati / ketika nazak
    1. Dimatikan dalam kehinaan.( rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan)
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.( bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.)
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
     Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali
    2. Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
    3. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama Shwaun-ra'/ Suja’ull-Akra . yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."  Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. 
    Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
    1. Datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."
    2. Orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
    3. ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59)
    Meninggalkan solat secara sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya membabitkan status Islam atau Kafir, Neraka atau Syurga. Ketahuilah bahawa solat itu adalah wajib ‘ain dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan di mata masyarakat. Mengabaikannya bermakna anda mengundang kecelakaan yang amat buruk, maka berwaspadalah kalian semua.


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...