Thursday, November 10, 2011

IRAN DI KELILINGI PUSAT PERISIKAN BARAT.

Anggota Parlimen: Iran Dikepung Perisikan Barat.

Teheran (ANTARA/Xinhua-OANA) - Seorang anggota parlimen Iran, Rabu (9/11), mengatakan Iran telah dikepung oleh pusat perisikan Barat  dekat perbatasannya di negara jiran.
Zohre Elahian, anggota Suruhanjaya Nasional dan Kebijakan Luar Negeri di parlimen Iran, mengatakan jabatan rahsia Israel, Mossad, CIA --Amerika, M16 --Inggeris, telah mendirikan pusat perisikan mereka di perbatasan barat, utara dan timur Iran, kata pejabat berita tempatan, Mehr.
Semua jabatan rahsia tersebut memiliki pusat mereka di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Turkmenistan dan Azerbaijan dekat sempadan negara itu dengan Iran, kata Elahian sebagaimana dikutip Mehr.
Pengkalan perisikan tersebut bertugas melancarkan tindakan teroris dan operasi perisikan terhadap Iran dan warganegaranya, kata anggota parlimen itu sebagaimana dikutip Xinhua.

Iran bersempadan dengan Iraq dan Turki di barat, Azerbaijan, Armenia dan Turkmenistan di utara, Afghanistan dan Pakistan di timur. Di selatan Iran ada Teluk -yang oleh Iran disebut Teluk Persi dan negara Arab disebut Teluk Arab- dan Laut Oman.
Iran menyatakan dalam beberapa tahun belakangan Teheran telah menangkap sejumlah perisik AS dan Yahudi di negeri tersebut.
Pada 2009, Iran menangkap tiga pendaki AS dengan tuduhan memasuki negeri itu secara haram dan melakukan kegiatan pengintipan. Perempuan pendaki, Sarah Shourd, dibebaskan pada 2010 dengan jaminan 500,000 dolar AS, dan dua pendaki lagi --Shane Bauer serta Josh Fattal-- dibebaskan pada September 2011, juga dengan jaminan masing-masing 500,000 dolar AS.
Iran sedang menghadapi pertikaian dengan Barat, terutama Amerika Syarikat, mengenai program nuklearnya.
Pada Selasa (8/11) Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), di dalam laporan paling akhirnya mengenai program nuklear negara Persi itu, menyatakan bukti "yang boleh dipercaya" memperlihatkan Iran telah terlibat dalam projek dan percubaan yang berkaitan dengan pembuatan senjata nuklear.
"Maklumat menunjukkan Iran telah melakukan kegiatan yang berkaitan dengan pembuatan bahan peledak nuklear," kata Pengarah Besar IAEA Yukiya Amano di dalam laporan tersebut.
Setelah penilaian yang ketat, menyeluruh dan dapat dipercaya mengenai keterangan luas yang dimiliki, IAEA percaya Iran telah melakukan kegiatan "yang teratur dan sistematik yang secara khusus ditujukan kepada senjata nuklear" setidaknya sampai akhir 2003, kata laporan itu.
Laporan tersebut juga mengisyaratkan Iran "barangkali masih melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan pembuatan senjata nuklear sampai akhir tahun lalu", termasuk percubaan yang menghasilkan percubaan, ujian dan komponen yang berkaitan.
Sebahagian kegiatan itu "mungkin masih berlangsung", kata laporan tersebut.
Iran telah lama berkeras bahawa kegiatan nuklearnya semata-mata bertujuan keamanan seperti memenuhi keperluan tenaga yang terus bertambah.
Banyak pengulas percaya Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya akan mengutip penemuan  dalam laporan tersebut untuk mendorong tindakan yang lebih keras.
Teheran menolak seluruhnya laporan itu dan berkeras Iran tidak memiliki program senjata nuklear. Iran juga mengkritik laporan IAEA tersebut sebagai "berat sebelah, tidak profesional dan bermotifkan politik".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...