Menarik!: Kenapa perlu Android untuk Blogger atau Hantu Twitter
Anda hantu internet? Twitter dan Facebook? Anda memiliki blog dan sering melayari blog-blog yang anda anggap penting dalam hidup anda? Posting ini tentang kehebatan Android.
Barangkali anda semua tahu yang kini penjualan PC seluruh dunia merudum angkara penjualan Laptop dan Notebook yang semakin murah. Bahkan pakar meramalkan yang Laptop tidak lagi relevan untuk pengguna biasa menjelang 2016 kerana tablet yang bersepah di pasaran serta semakin murah. Fungsi dan peranan smartphone juga tidak boleh di pandang enteng.
Blog: Memang leceh untuk kita buka satu-persatu blog dan menjadi masalah kalau purata blog yang kita kunjungi melebihi 100 biji sehari. Terutamanya blog politik. Tahukah anda yang kita kini boleh menggunakan Googgle Reader dan dengan Android perkara sync itu dapat kita lakukan dengan mudah. Blog yang bersepah dengan iklan boleh kita hindarkan dengan mudah, sangat ringan dan pantas dan semestinya menjimatkan masa dan yang paling penting anda tidak akan tertinggal walau satu pun artikel. Banyak apps percuma yang boleh didapati di Market Apps Android dan boleh kita muat turun untuk digunakan. Antaranya GReader dan NewsRob. Gua biasa menggunakan NewsRob sebab antaramukanya yang simple dan pantas.
Dengan aplikasi Reader ini juga boleh kita kongsikan link dengan rakan-rakan melalui Google+, Facebook, Email dan Twitter. Lebih celaka lagi jika anda muat turun aplikasi ReadItLater, artikel blog tersebut boleh diemailkan pada sesapa sahaja yang berada dalam contact list anda. Memang jahat sungguh. Hanya dengan 2 atau 3 klik sahaja tugas anda selesai.
Bagi aplikasi blogger pula gua menggunakan Bloggeroid dan BlogIt. Dengan BlogIt, anda bahkan boleh set label untuk entry anda. Manakala Bloggeroid pula kerana antara mukanya yang simple, upload gambar sekali banyak dan support multiblog maka ia adalah pilihan gua.
Facebook: Andai anda pernah menggunakan aplikasi facebook Android yang bernama Friendcaster maka anda boleh upload gambar secara banyak-banyak serta set album mana yang anda ingin gunakan. Dengan friencaster juga ada boleh melihat siapa yang like status anda atau orang lain di timeline tanpa perlu anda membuka browser yang ada dalam smartphone.
Aplikasi Friendcaster ini anda boleh set Favorate Groups dan page yang anda Join dan Like. Nak padam status yang dah di post pun boleh. Friendcaster ini boleh di dapati di market secara percuma atau versi berbayar. Terpulang pada andalah untuk pilih yang mana menjadi pilihan.
Dengan Friendcaster juga anda boleh share status orang, copy dan paste status orang untuk anda sebarkan di twitter atau email… dan banyak lagilah.
Twitter: Jika tidak menggunakan aplikasi natif Android kerana ada aplikasi yang lebih handal dari yang standard. Hootsuite misalnya. Ia boleh di dapati secara percuma di market dan membenarkan anda set schedule bagi status anda. Set Masa untuk post status anda andainya berlambak-lambak idea datang dan mengepostnya secara pukal membuatkan orang benci dengan spam yang anda lakukan. Ini boleh bikin followers anda naik angin. Dengan auto shorten link, plus anda boleh sekalikan update untuk akaun facebook anda dengan 1 aplikasi yang percuma, ini adalah sangat mudah berbanding dari menggunakan komputer. Sangat gila dan pantas bukan?. Sila ingat HootSuite dan anda bahagia menggunakannya.
Untuk Google+ pulak, developer Hootsuite sedang menunggu API yang mungkin akan dilepaskan oleh pihak Google. Andai ini terjadi, perghhh la jawapannya. Dan buat sekarang ini gunakan sahaja aplikasi Google+ yang disediakan oleh pihak Google yang anda boleh dapati secara percuma di Market.
Android yang berada di pasaran kini pun sudah sangat murah. Setakat 1Ghz CPU pun ada dah yang bawah 1k. Kenapa 1Ghz? Kerana ia sudah memadai bagi anda untuk mengelakkan lagging dan task anda di lakukan dengan cepat dan sempurna.
~sumber dr. tripod rm55
No comments:
Post a Comment