Sunday, November 20, 2011

BAGAIMANA NASIB BASYAR ASAD NANTI.

Khaddam: Nasib Asad akan berakhir dengan pelarian atau penyeretan di jalanan

http://arrahmah.com/images/stories/2011/11/khaddam.jpgDAMSYIK –  Bekas wakil presiden era Hafizh Asad, Abdul Halim Khaddam, menegaskan bahawa pada akhirnya nasib Bashar Asad akan berkesudahan sebagai pelarian politik ke luar negera atau diseret di jalanan oleh para revolusioner rakyat seperti nasib  yang dialami oleh  Moammar Qaddafi. Menurutnya, Asad  saat ini tidak akan mampu bertahan lama di atas  kekuasaannya .
Khaddam menegaskan hal itu dalam satu wawancara dengan akhbar Kuwait, Shahefa, pada hari Kamis (17/11/2001). Ia mengungkapkan regim Syria kini merupakan penyebab terjadinya krisis bangsa yang sangat pahit. Bagaimana kelompok Alawiyin (Nushairiyah) yang hanya berjumlah 5 sampai 6 peratus dari keseluruhan penduduk Syria, menjadi penguasa atas 90 peratus muslim ahlus sunnah Syria? Tirani kelompok minoriti atas majoriti penduduk Syria ini telah mengakibatkan penindasan dan kebiadaban yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat yang menginginkan kemerdekaan dan keadilan.
Khaddam ketika bersama Asad
Khaddam mengungkapkan bahwa majoriti kelompok Alawiyyin sendiri mendukung supaya Bashar Asad berundurdari  kekuasaan. Namun mereka tidak berani memberikan dukungan kepada revolusi yang didukung oleh 90 persen penduduk Syria, kerana bimbang keselamatan nyawa mereka.
Kepada akhbar Shahefa, Khaddam mengungkapkan, “Sudah sama-sama diketahui di Syria bahawa jika ada dua orang yang menulis artikel di media massa yang berisi kritikan terhadap regim Syria, penulis pertama orang sunni dan penulis kedua orang Alawi. Maka hukuman untuk orang Alawi akan lebih berat, kerana regim Asad ingin semua orang Alawi untuk memberikan kesetiaan tidak berbelah bagi kepadanya.”
Orang-orang Alawiyyin berada dalam ketakutan akan kemungkinan tindakan biadab regim Asad kepada mereka, jika mereka memberikan dukungan kepada revolusi majoriti penduduk ahlus sunnah Syria. Meski demikian, Khaddam mengungkapkan bahawa ia tengah menjalin komunikasi dengan orang-orang Alawiyyin, dan mendorong mereka untuk mendukung revolusi rakyat Syria tanpa rasa takut lagi.

~sumber arrahmah.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...