Wednesday, November 9, 2011

SOLAT HAJAT DAN IZIN ILMU SMK AYER LANAS, 2011.

 Acara bacaan Yasin, solat hajat perdana, pesanan terakhir dan kemuncaknya acara izin ilmu dari para guru SMK Ayer Lanar - semuanya menuju satu harapan, satu impian iaitu berjaya meraih kecemerlangan. Harapan guru, impian ibu bapa dan hasrat para pelajar SMKAL yang bakal menempuh peperiksaan SPM dan STPM.
 Antara guru dan ibu bapa...
 sama mengharap, sama meminta...
 semuga anak yang diasuh  beroleh kejayaan.
 Wahai puteraku, guru cuma penunjuk jalan. Engkaulah perwira. Keluarkan segala jurus dan semua ilmu di dada...ingatlah, jangan tidur di alam nyata... bahaya.
 Kini giliran puteri pula. Segalanya sudah guru halalkan, kini pendayung sudah di tangan kamu. Selamat berlayar menempuh gelombang. Muga berjaya ke menara gading.
 Ingat pesan ibu...
 jadi pedoman dalam hidupmu.
Kita sudah buat seperti ni kan...kan..Ok, la ni kerija buat kita dah selesai.
Alhamdulillah, syukur. Bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...