Main bola tanpa kaki
LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.
Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius.
Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, “Ia adalah perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa.”
Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.
Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.
Tapi dia membesar dengan sokongan daripada kembarnya Sophie dan ahli keluarganya yang lain di Little Calcton, Essex.
Ellie tidak boleh berlari menggunakan kaki palsu standad kerana ia menyakitkan.
Ellie adalah peminat setia Arsenal, terutama pemain Gary Roberts.
Apabila mengetahui kisah Ellie, orang ramai mengadakan kutipan derma untuk membelikan dia sepasang kaki palsu ringan Flex Run Feet yang berharga 10,000 pound (RM50,000) yang dibuat daripada gentian oleh sebuah firma Dorset Orthopaedics di Britain.
Ellie adalah pemakai paling muda kaki palsu itu - dan dia menggunakannya setiap minggu untuk bermain bolah sepak untuk pasukan Sekolah Rendah Engaines.
Lisa, 37, yang membantu orang kurang upaya berkata, “Dia tidak mengalami masalah di padang bola. Dia terus berlari dan bermain.
“Pasukan kegemarannya adalah Arsenal dan dia akan menyaksikan semua perlawanan mereka dengan bapanya.”
Bapanya, Paul, 48, yang bekerja sebagai penjaga berkata, “Dia kelihatan sangat luar biasa bila beraksi di padang.
“Dia memang suka bermain bola dan sangat mahir menggelecek bola.”
H.Metro
No comments:
Post a Comment