PM baru Libya Abdel Rahim al-Kib kiri didampingi Ketua NTC Mustafa Abdel Jalil
TRIPOLI - Abdel Rahim al-Kib telah terpilih menjadi Perdana Menteri (PM) dalam Pemerintahan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya. Selepas pemilihan, beliau mengutamakan hak asasi manusia dalam kepemimpinannya.
"Kami menjamin bahawa kita dalam proses membangun negara akan sangat perhatian terhadap HAM dan tidak akan menerima pelanggaran HAM apapun," ujarnya selesai pemilihan.
Di tengah-tengah isu bekas pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan yang selama lapan bulan memburu Muammar Qaddafi, beliau mengatakan bahawa dirinya akan bekerjasama dengan para pejuang untuk menstabilkan Libya.
"Kami sangat memberikan perhatian bahwa saudara-saudara kita, para revolusioner, pejuang, untuk bersama memberikan pendapat untuk kemajuan bersama. Mereka juga menyakini bahwa kestabilan negara adalah yang terpenting," tuturnya.
Abdel Rahim al-Kib berasal dari ibukota Libya, Tripoli, keluar sebagai pemenang mendahului empat calon lainnya di babak pertama sebanyak 26 dari 51 suara yang diberikan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan.
Ketua NTC, Mustafa Abdel Jalil, adalah yang pertama dari anggota dewan yang mengeluarkan kenyataannya. "Kenyataan ini untuk membuktikan bahawa Libya mampu membangun masa depannya," katanya dengan tegas.
Pegawai NTC, Mustafa al-Mana mengatakan 52 anggota dewan telah diminta untuk memilih dari lima calon yang berbaki setelah penarikan lima orang lainnya, termasuk wakil presiden Abdel Hafez NTC Ghoka.
No comments:
Post a Comment