Tuesday, November 15, 2011

Tablet PC or Notebook?

Pilih Tablet atau Notebook



Konsep komputer telah berubah. Jika dahulu kita membayangkan sebuah komputer merupakan produk berupa kotak yang  kaku dan dilengkapi keyboard, kini lain halnya. Komputer muncul dalam berbagai bentuk, termasuk dalam bentuk tablet yang menggunakan skrin sentuh tanpa bantuan keyboard.
Meningkatnya populariti tablet PC tersebut  malah kini tablet PC dituding sebagai salah satu penyebab lambatnya pertumbuhan penjualan notebook dan netbook. Padahal, rata-rata vendor dan media meletakkan komputer tablet ini sebagai komputer kedua, sebagai pelengkap laptop atau notebook.
Tetapi di sisi konsumer, sering muncul kebingungan antara ingin membeli tablet PC atau notebook. Ditambah hebat aksi penjual yang mempromosikan barang dagangannya, seringkali konsumer kurang puas hati akibat salah membeli.
Untuk memastikan anda dapat memaksimakan produk yang dibeli, berikut tiga langkah yang dapat dijadikan panduan untuk membuat keputusan sewaktu ingin memilih antara tablet PC atau notebook.
Kenali keperluaan Anda
Walaupun kedua-duanya tergolong sebagai komputer, namun tablet PC dan notebook dicipta untuk cara penggunaan dan tujuan yang berbeza. Bahkan, kebanyakan tablet PC yang beredar di pasaran memiliki sistem operasi yang berlainan.
Akibat adanya perbezaan sistem operasi ini, maka aplikasi atau software yang digunakan juga automatis tidak sama. Contohnya,   notebook berasas kepada sistem operasi Microsoft Windows.
Tetapi di komputer tablet, aplikasi yang digunakan sama tetapi berbeza, baik dari segi kemampuan,  dan cara penggunaan. Jadi pastikan keperluan anda akan dapat dipenuhi oleh media yang baru dibeli tersebut.
Perbezaan mendasar lainnya terletak pada penggunaan keyboard. Walaupun anda dapat menggunakan komputer tablet dengan keyboard tambahan, namun hampir semua aplikasi untuk tablet PC dicipta untuk memaksimakan penggunaan skrin sentuh.
Jadi jika anda banyak melakukan input teks seperti menaip suatu naskah yang panjang, memasukkan data, dan hobi bermain game serius, disarankan anda membeli notebook. Namun, jika aktiviti komputer anda hanya sebatas browsing Internet, chatting, menaip naskah yang pendek, mencatat buku harian, mendengarkan lagu, dan bermain game yang santai,  maka tablet PC dapat memenuhi keperluan anda. Pastikan aplikasi yang anda perlukan ada di platform yang diinginkan.
Kira dulu dananya.
Apabila anda sudah mengenali keperluannya, kini pastikan bajet yang dimiliki cukup. Waktu mengira bajet  yang disediakan untuk membeli tablet PC atau notebook, pastikan ada Bajet tambahan untuk membeli aksesorisnya bagi mendukung tambahan kesempurnaannya.
Beberapa tablet PC juga telah dilengkapi kemudahan mobile Internet terintegrasi, yang memungkinkan sambungan Internet melalui jaringan sambungan data operator seluler. Untuk notebook, seringkali anda harus mengeluarkan bajet ekstra untuk membeli dongle atau modem USB untuk sambungan ke Internet.
Bergantung kepada jenama dan spesifikasi, harga tablet PC  dan notebook juga berbeza-beza.
Salah satu keuntungan membeli tablet PC keluaran jenama terkenal adalah sokongan selepas jualan (waranti) serta nilai untuk jual semula yang lebih baik. Sedangkan untuk notebook,  spesifikasinya yang cenderung lebih seragam, jenama, desain, dan harga akan menjadi pertimbangan yang utama.
Harga tablet PC yang relatif lebih murah dibanding notebook dan netbook, tidak ada salahnya jika anda memilih tablet PC. Tentunya, jika memang tablet PC dapat memenuhi keperluan penggunaan anda.
Setinggi mana mobiliti Anda?
Mungkin inilah  yang paling menentukan pertimbangan anda. Bagi yang sering bermobiliti, membawa notebook kekadang cukup melemaskan kerana ukuran dan beratnya. Apalagi jika anda membawanya untuk jarak masa yang cukup lama, menggunakan bag notebook ala kadarnya.
Jika anda memiliki mobiliti tinggi dan keperluan anda hanya sekadar 'presentation' atau mengakses Internet, maka tablet PC merupakan pilihan yang bijak. Selain ringan, tablet PC juga  tidak menimbulkan masalah jika lupa dimatikan saat berada di bag. Daya tahan baterinya yang panjang serta waktu  menghidupnya yang singkat juga menjadi nilai tambah yang patut diperhitungkan.
Kesimpulan
Komputer tablet boleh dihitung masih tergolong pendatang baru, sehingga perkembangannya masih dalam tahap awal. Pada masa depan, komputer tablet akan memiliki kemampuan dan kegunaan yang lebih banyak. Sama ada notebook dan tablet PC memiliki keunggulan dan kelemahannya tersendiri, jadi pastikan anda tidak salah pilih. Selamat membeli.
 ~diolah semula dengan menggunakan samsung galaxy tab.(sendiri punya la)
~sumber: internet magazine

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...