Thursday, November 24, 2011

Mangsa Banjir di Kelantan Bertambah

KOTA BHARU 24 Nov. – Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan.
Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Bharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah).
Sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat.
Cuaca pada sebelah pagi dilaporkan mendung. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...