Saturday, November 5, 2011

ALLAH MAHA BESAR


Hari ini 9 Zulhijjah, sebaik sahaja gelincir matahari bermulalah 'wukuf' yakni salah satu daripada rukun haji.
Berjuta-juta tetamu Allah berhimpun di Arafah semenjak petang semalam lagi.
Di tempat inilah  kemuncak kerja-kerja haji di mana setiap orang akan merasakan sedikit sebanyak ujian dari Allah SWT.
Bumi Arafah adalah tempat kita bermunajat dengan Pencipta kita bahawa hidup kita yang sementara ini adalah tidak bermakan apa-apa tanpa mendapat keRedhoaannya...tanpa mendapat RahmatNya. Bumi inilah tempat kita belajar mencampakkan ego kita dan mengadu terus kepada Wali kita...Dialah yang menjaga kita menjadi seorang hamba yang patuh kepada segala suruhannya dan meninggal segala larangannya.

Perbanyakkanlah berdoa dan membaca Al-Quran...mengadu terus kepada yang Maha Mendengar.....akan betapa banyaknya dosa kita...akan betapa banyaknya penderhakaan kita kepadaNya tuhan yang Maha Pengampun...... hukum-hakamNYA ditentang...dilanggar...disanggah...berdolak-dalik sambil meragui.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...